TerasMalaysia

Bapa teruja dan gembira lihat anak baru lahir, memiliki 14 jari tangan dan 12 jari kaki

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bapa teruja dan gembira lihat anak baru lahir, memiliki 14 jari tangan dan 12 jari kaki.

Seorang wanita di India melahirkan bayi perempuan yang memiliki tujuh jari pada setiap tangan dan enam jari pada setiap kakinya.

Portal berita MailOnline melaporkan, bayi yang dilahirkan di Bharatpur, negeri Rajasthan itu mengalami keadaan anomali genetik.

Ibunya, Sarju Devi, 25, bagaimanapun dilaporkan gembira walaupun doktor menyifatkan anaknya dilahirkan dengan keadaan tersebut.

Bapa teruja dan gembira lihat anak baru lahir, memiliki 14 jari tangan dan 12 jari kaki

Saudara lelaki Sarju berkata: “Saudara perempuan saya melahirkan bayi yang mempunyai 26 jari dan kami menganggap dia sebagai dewi. Kami sangat gembira.”

Sementara itu, bapa bayi tersebut, Gopal Bhattacharya juga dikatakan sangat gembira dengan kelahiran anaknya.

Pada masa ini, tidak diketahui sama ada keluarga itu merancang melakukan pembedahan ke atas bayi perempuan mereka bagi mengurangkan bilangan jari tersebut.

SUMBER

BACA:
Pelajar perempuan 8 tahun buta mata dicucuk dengan lidi bakso, bapa terkilan pihak sekolah tak beri kerjasama
Bayi 3 hari jadi mangsa pasangan kekasih, dijual dengan harga RM1,983 dalam facebook, siap buat ‘delivery’ untuk pembeli
Caprice cabar Ebit Lew hantar surat saman secepat yang mungkin terhadap Mondy Tattoo, tak gentar nak lawan

Leave a Comment