TerasMalaysia

Barang kemas lesap masa hantar anak pergi sekolah, tertinggal dekat atas bumbung kereta

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Barang kemas lesap masa hantar anak pergi sekolah, tertinggal dekat atas bumbung kereta.

Kerisauan seorang pengusaha taska di Seremban selepas kotak mengandungi barang kemas hilang pada Rabu lalu masih dirasai memandangkan tiada sebarang pertunjuk diperoleh berhubung kejadian itu.

Suziyana Azmi, 44, berkata, kotak barangan kemas itu tercicir di kawasan perumahan Hijayu, Seremban 2 kelmarin.

Dalam kejadian antara pukul 7 hingga 10 pagi itu, dia meletakkan kotak berkenaan di atas bonet kereta, namun terlupa sebelum menghantar anaknya ke sekolah.

“Sampai hari ini masih tiada khabar berita, saya tunggu setiap masa jika ada sesiapa yang akan menghubungi memaklumkan mengenai penemuan kotak tersebut.

“Dalam kotak itu terdapat seutas gelang tangan seberat 220 gram yang berharga RM65,000 (sewaktu pembelian dulu). Laporan polis juga sudah dibuat pada hari kejadian.

Barang kemas lesap masa hantar anak pergi sekolah, tertinggal dekat atas bumbung kereta

“Saya harap barang kemas itu masih menjadi rezeki saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambahnya, kotak yang turut mengandungi enam utas rantai, dua utas gelang dan tujuh bentuk cincin itu hanya disedari hilang selepas dia pulang dari menghantar anaknya di tadika.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di pos pengawal perumahan Hijayu mendapati kotak barang kemas itu masih berada atas bonet semasa mangsa keluar dari persimpangan Hijayu 1, namun semakan pada CCTV taska menunjukkan kotak berkenaan sudah tiada.

Wanita itu meminta bantuan orang ramai yang menemui barangan kemas tersebut supaya menghubunginya di talian 013-533 2151.

SUMBER

BACA:
Wanita berperangai pelik, selamba jadikan makanan kucing sebagai snek ketika membuat kerja
Wanita mempunyai 13 anak patung menyerupai bayi nyata, berhabis sebanyak RM34,000 demi minat yang pelik
Model cantik rela berhenti kerja, kahwin dengan pemandu lori dan jadi suri rumah sepenuh masa

Leave a Comment