TerasMalaysia

Bas Dua Tingkat Masuk Parit

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bas Dua Tingkat Masuk Parit

Sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas masuk ke dalam parit selepas melanggar tiang elektrik di Sungai Manik, Teluk Intan. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.20 pagi tadi. Seramai 21 penumpang sebuah bas ekspres tersebut dilaporkan selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari kenderaan itu sendiri.

“Hanya pemandu bas berusia lingkungan 40-an mengalami kecederaan ringan dan anggota telah membuat rawatan awal kepada mangsa,” katanya.

Difahamkan, bas dua tingkat berkenaan dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke Tanjung Malim.

Tarik Pelabur Luar, PM Manfaatkan Peluang

Leave a Comment