TerasMalaysia

Bas Ekspres Terbabas Di Gopeng, Dua Cedera

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bas Ekspres Terbabas Di Gopeng, Dua Cedera

Sebuah bas ekspres terbabas di KM292.7 Lebuhhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, hari ini. Insiden tersebut mengakibatkan pemandu dan penumpang bas ekspres cedera.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 5.41 pagi dan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng digerakkan ke lokasi.

Katanya, pemandu bas itu dan seorang penumpang wanita didapati cedera namun tidak tersepit.

“Ketika kejadian terdapat tiga individu (termasuk pemandu) dalam bas berkenaan namun, seorang lagi penumpang tidak cedera.

“Bas ekspres itu menghala ke utara terbabas di bahu jalan dan anggota bertindak mengeluarkan mangsa serta memberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, operasi itu tamat pada 7.20 pagi.

Wisma Jakel Shah Alam Terbakar Kali Ke-2

Leave a Comment