TerasMalaysia

Bayi berusia 8 bulan alami ‘Shaken Baby Syndrom’ lepas didera pengasuh, retak di bahagian kepala dan pendarahan otak

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bayi berusia 8 bulan alami ‘Shaken Baby Syndrom’ lepas didera pengasuh, retak di bahagian kepala dan pendarahan otak. Seorang wanita telah meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pengasuh yang didakwa mendera anak lelakinya yang kini berusia 11 bulan.

Menerusi bebenang di laman Twitter, wanita yang dikenali sebagai Nurin itu memaklumkan anaknya, Nifael telah mengalami retak dan pendarahan didalam otak dan kedua belah matanya atau Shaken Baby Syndrom.

Difahamkan, ibu berkenaan baru tiga minggu menghantar anaknya ke pengasuh namun mendapati anaknya mula kelihatan lesu dan mengalami muntah-muntah.

Tidak lama selepas itu, anaknya mula mengalami sawan di rumah pengasuh dan doktor yang merawatnya mendapati terdapat hentakan di kepala kanak-kanak berkenaan.

Result CT Scan ada pendarahn dalam kepala ddan retak. Malam tu jugak doktor buat pembedahan keluarkan cecair dan darah dalam kepala.

Bayi berusia 8 bulan alami 'Shaken Baby Syndrom' lepas didera pengasuh, retak di bahagian kepala dan pendarahan otak

Susulan itu, doktor telah mengesyaki terdapat penderaan di rumah pengasuh memandangkan ibu bapa memaklumkan kanak-kanak itu selamat di rumah.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak itu terpaksa menjalani pembedahan untuk memasukkan tiub dari bahagian kepala sehingga perutnya.

Bagaimanapun, ibu kanak-kanak berkenaan kecewa kerana siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa agak memakan masa yang lama.

BACA:
7 benda yang tak boleh simpan di dalam kereta, nombor 5 tu tak kira lelaki ke perempuan mesti ada
Lelaki kemurungan duit hasil kumpul 4 tahun terabur atas jalan, lupa bawa masuk sebelum pergi bank
“Aku ikut kawan aku pergi berubat, aku tak sangka itulah kenangan pahit dan manis yang aku ingat sampai mati”

Leave a Comment