TerasMalaysia

Bayi tewas selepas 13 jam air ketuban pecah, dihalang mentua mahu beranak ‘normal’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bayi tewas selepas 13 jam air ketuban pecah, dihalang mentua mahu beranak ‘normal’. Walaupun anak menantu sudah punyai kehidupan sendiri, entah mengapa para ibu masih gemar campur tangan dan mengongkong segala perkara. Rimas, itulah hal yang dihadapi seorang wanita ini.

Air ketuban dah pecah selama 13 jam…Keluarga tak izin isteri terima rawatan bersalin

Dalam video yang dikongsikan petugas kesihatan bernama Laelatul Badriah, seorang isteri ini pecah air ketuban pada 11/6 dan tarikh 12/6 barulah dia dibawa jalani pemeriksaan. Mengikut pemantauan yang dibuat, dia perlu dirujuk segera demi menyelamatkan bayi dalam kandungan. Namun peliknya, pihak keluarga tidak membenarkan wanita itu ditahan di sana kerana mahu proses beranak ini berlangsung secara natural.

Suami tidak tampil lindungi isteri…Hanya akur dengan desakan ibu mentua

Bayi tewas selepas 13 jam air ketuban pecah, dihalang mentua untuk beranak 'normal'

Walaupun para perawat berkali-kali ingatkan pilihan untuk menunggu lebih lama itu boleh menjejaskan bayi, mereka masih berdegil. Apa yang menjengkelkan, si suami yang berada di situ hanya mengiyakan saja perintah si ibu tanpa mengambil kira keselamatan isteri dan kandungan. Walaupun pasukan perawat sudah ke tahap pergi ke rumah mereka, keluarga terbabit langsung marah dan tetap dengan pendirian untuk menunggu.

Untuk para ibu hamil & suami, haruslah berfikiran bijak & logik

Keadaan semakin getir, akhirnya apa yang paling dirisaukan oleh para perawat telah terjadi. Bayi dalam kandungan si menantu gagal diselamatkan lantaran kemahuan keluarga mentua yang bersifat pentingkan diri. Justeru apa yang berlaku diharapkan menjadi pengajaran buat suami di luar sana agak bijak dalam membuat keputusan.

@namasayatanisha

♬ suara asli – namasayatanisha

BACA:
Penjelasan tepat tentang isu buang ‘bin’ dan ‘binti’ dalam nama anak yang semua kena tahu
Pemilik terkilan tengok keadaan rumah, penyewa tak bertanggungjawab lari siap bagi ‘hadiah’
Dompet pelajar wanita ini ditemui kembali selepas 63 tahun hilang, ramai teruja lihat isi kandungannya

Leave a Comment