TerasMalaysia

Bazar ramadan dikotori dengan penjualan daging babi sebagai juadah berbuka

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bazar ramadan dikotori dengan penjualan daging babi sebagai juadah berbuka

Baru-baru ini, umat islam dikejutkan dengan satu kontroversi mengenai penemuan jualan daging babi di sebuah gerai bazar ramadan di Singapura. Kecoh mengenai insiden itu kerana isu tersebut merupakan isu sensitif lebih-lebih lagi melibatkan perkara haram dan halal.

Di bazar Ramadan, pengunjung biasanya datang untuk membeli juadah makanan yang diketahui umum adalah halal.

Bagaimanapun, di Bazar Raya Utara di Marsiling, baru-baru ini difahamkan terdapat gerai menjual daging babi di bazar tersebut.

Menurut catatan rasmi dari jawatankuasa kejiranan, “pada hujung minggu yang lalu, terdapat ketidakpatuhan di Bazar Raya Utara kami. Pejabat Kawasan Pilihan Raya Marsiling melaporkan bahawa terdapat penjual-penjual yang menjual daging babi di antara gerai-gerai yang lain”

“Pihak penganjur telah berhubung dengan pengendali dan telah mengambil tindakan pembetulan segera untuk menghentikan penjualan daging babi.”

Kenyataan itu diakhiri dengan, “Akhir sekali, kami ingin memberi jaminan kepada semua penduduk dan pengunjung bahawa kami akan melakukan yang terbaik untuk menyediakan pengalaman Ramadan yang terbaik, ini termasuk persembahan pada hujung minggu dan juga juadah halal untuk umat Islam.”

Kenyataan itu tidak mendapat sambutan orang ramai, malah dikecam oleh orang ramai.

Sebahagian netizen merasakan bahawa jawatankuasa kurang sensitiviti terhadap umat Islam memandangkan ia diperkenalkan sebagai bazar Ramadan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan pihak penganjur.

Tambah netizen, pihak penganjur sekadar mahukan keuntungan tanpa mengambil kira faktor halal dan haram.

Netizen juga menggesa agar bazar itu tidak dijenamakan sebagai bazar ramadan, tetapi sebagai ‘pasar malam’ untuk memberi peluang kepada gerai-gerai yang lain untuk masuk berniaga.

Baca : Sekental-kental gadis ini pegang binatang yg ekstrem, 2 haiwan ini buatkan dia berasa geli

Leave a Comment