Bazar ramadan paling panjang di Malaysia, bermacam jenis juadah berkumpul di sini

Bazar ramadan paling panjang di Malaysia, bermacam jenis juadah berkumpul di sini

Di sebalik perdebatan hangat mengenai harga makanan yang dijual mahal dengan kualiti makanan yang semakin mengecewakan, siapa sangka rupanya wujud “Bazar Ramadan Terpanjang” di Malaysia!

Menurut @hafizaquafiz, lokasi bazar tersebut terletak di Taman Ria Sungai Petani, Kedah. Dalam video yang berdurasi 1 minit 36 saat itu menunjukkan rakaman dari atas menunjukkan ‘panjang’ barisan peniaga bazar. Malah, dilihat dalam rakaman itu, macam-macam menu yang dijual.

@hafizaquafiz

Replying to @Leeee_na betoi Bazar Ramadan Taman Ria Sungai Petani, Kedah ni memang sempoi. Panjang gila & macam-macam ada 😍🤤🫶🏽 Next nak bazar apa pulak? #lipurdesa

#inspirasiramadan #puasa #foodreview #makanlokal #bazarramadan #iftar

♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami

Deretan khemah putih itu dipasang di belakang kawasan perumahan penduduk dan diberi jolokan sebagai Bazar Ramadan paling panjang di Malaysia.

Bagaimanapun, ramai netizen yang melihat video ini merasakan ianya bukanlah satu perkara yang berbaloi kerana bagi mereka orang tak akan berjalan sehingga ke penamat dan ada juga yang menyifatkan menu sama yang mungkin akan dijual di bazar tersebut.

Sumber

Baca : Bazar ramadan dikotori dengan penjualan daging babi sebagai juadah berbuka

Leave a Comment