TerasMalaysia

Bekas pekerja jadi kaya lepas majikan salah masuk duit sebanyak RM440,400, sempat alih RM15,000 ke akaun lain

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bekas pekerja jadi kaya lepas majikan salah masuk duit sebanyak RM440,400, sempat alih RM15,000 ke akaun lain

Seorang lelaki tiba-tiba menjadi kaya selepas syarikat tempatnya bekerja secara tidak sengaja membayar gajinya 367 kali ganda daripada jumlah gaji sebenar yang diperolehinya.

Apabila majikannya cuba meminta wang lebihan itu dikembalikan, lelaki berkenaan enggan berbuat demikian.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu berasal dari Kaunti Somogy, Hungary dan bekerja untuk syarikat tersebut di Kaposvar. Namun, dia dihentikan perkhidmatan semasa tempoh percubaan.

Untuk tempoh kerja yang singkat itu, dia diberi bayaran gaji sebanyak 92,549 forint (RM1,200). Tetapi majikannya ‘bermurah hati’ membayar gajinya 367 kali ganda daripada jumlah tersebut.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah satu kesilapan besar. Difahamkan majikannya telah menyediakan akaun bank Austria. Gaji lelaki itu pula perlu dibayar dalam mata wang tempatan, Euro. Namun, majikan hanya menukar mata wang, dari 92,549 forint kepada 92,549 euro.

Tidak beberapa lama selepas menyedari kesilapan itu, syarikat berkenaan menghubungi bekas pekerjanya dan meminta lebihan wang itu dikembalikan semula.

Bagaimanapun, lelaki itu berkata dia tidak mempunyai akses kepada akaun bank Austria itu lagi dan tidak dapat mengembalikan wang tersebut.

Perkara itu dilaporkan kepada polis. Siasatan awal pihak polis mendapati, lelaki berkenaan telah membuat pengeluaran wang kira-kira 15,500 euro tunai daripada akaun tersebut dan memindahkannya ke akaun bank lain.

Dengan bantuan Pejabat Pendakwa Daerah Kaposvar, syarikat itu berjaya membekukan akaun bank Austria tertuduh. Setakat ini, mereka telah berjaya mendapatkan semula wang itu kira-kira 72,000 euro.

Sementara itu, tertuduh telah didakwa mengikut undang-undang dan kini berdepan dengan hukuman berat.

Baca : Wanita alami penyakit misteri lepas rawat kongkang yang cedera dekat kepala, terlantar selama 3 bulan kesakitan

Leave a Comment