TerasMalaysia

Bekas Pelajar Cemerlang Hidup Derita Selepas Dipaksa Berkahwin

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bekas Pelajar Cemerlang Hidup Derita Selepas Dipaksa Berkahwin

Dipaksa kahwin dengan pilihan ibu bapa sehingga dia terpaksa berkorban untuk berhenti belajar, semata-mata mahu mengikut kata orang tuanya.

Apabila sudah menjadi isteri orang, lain pula kisah hidupnya apabila setiap hari suami suka menghina serta menafikan sebahagian haknya dalam rumah tangga.

Itu kisah hidup dihadapi seorang isteri dikongsikan oleh Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berhubung masalah wanita tersebut yang terpaksa melupakan cita-cita demi hajat ibu bapanya.

“Dia pelajar cemerlang, berjaya memperolehi 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sewaktu semester pertama di matrikulasi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), dia mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.77.

“Atas arahan ibu bapa, dia berhenti belajar kerana perlu berkahwin dengan jejaka pilihan mereka.

“Hampir tiga tahun berkahwin, dia sentiasa ditemani air mata kerana suami suka caci maki dan menafikan sebahagian haknya sebagai isteri dalam perkahwinan,” katanya.

Suzana berkata, wanita itu turut memaklumkan masalah dihadapi kepada ibu bapa namun, mereka menyuruhnya menuntut cerai tanpa usaha menyelamatkan rumah tangganya terlebih dahulu.

“Dia bingung dan tertekan. Dia sudah korbankan cita-citanya demi hajat ibu bapa. Apakah dia perlu korbankan pula rumah tangganya sebegitu sahaja?,” katanya.

Sementara itu, ujar Suzana, kisah tersebut dikongsikan sebagai panduan kepada ibu bapa supaya tidak terlalu mudah menentukan hala tuju masa depan anak tanpa memikirkan masa depan mereka.

Sumber

Tarikh Bayaran BKK 2023 Telah Diumumkan Oleh Kerajaan

Leave a Comment