Beli tiket Coldplay semata-mata nak jual dengan harga 40 kali ganda, peminat berang dengan individu tersebut

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Beli tiket Coldplay semata-mata nak jual dengan harga 40 kali ganda, peminat berang dengan individu tersebut. eperti yang ramai ketahui, kumpulan penyanyi antarabangsa dari British iaitu Coldplay bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 22 November nanti.

Malah, tiket konsert juga sudah mula dijual sejak semalam untuk pemegang kad CIMB dan penjualan tiket secara keseluruhan mula dijual hari ini.

Namun, ada juga peminat yang tidak berpeluang untuk membeli tiket memandangkan ramai peminat lain yang berpusu-pusu sehingga tiket habis dijual.

Beli tiket Coldplay semata-mata nak jual dengan harga 40 kali ganda, peminat berang dengan individu tersebut

Seperti mengambil kesempatan, terdapat individu yang bertindak membeli tiket hanya untuk menjualnya dengan harga yang lebih tinggi.

Menerusi ciapan di laman Twitter, kelab peminat Coldplay telah meluahkan rasa berang terhadap individu tersebut yang menjual tiket sehingga mencecah harga RM43,200 sedangkan harga tiket sebenar hanyalah RM1,258 sahaja.

Kalau tak ada niat nak beli atau pergi. Tolong jangan beli. Bagi peluang pada orang lain. Peminat Coldplay dah tunggu bertahun-tahun untuk konsert di Kuala Lumpur, Malaysia.

BACA:

Satu taman panik! Gara-gara takut dimarahi bapa, gadis ini buat sesuatu yang bawa padah pada dirinya

Gara-gara ingin memiliki permainan konsol dengan harga yang murah, student ini kehilangan RM11,500

Tak sangka 5 muzium ini mempamerkan bahan artifak yang sangat pelik, number 2 tu untuk orang-orang sedih

Leave a Comment