Belum kahwin perangai dah macam tu, lelaki resah bakal isteri minta mas kahwin tinggi dan deko rumah baru
Baru-baru ini, seorang lelaki membuat satu pengakuan di Twitter berhubung kekecewaannya terhadap bakal isteri.
Lelaki itu memberitahu bahawa dia kini buntu sama ada mahu meneruskan atau tidak perkahwinan mereka.
Menceritakan mengenai situasi sebenar, lelaki ini menyenaraikan beberapa contoh tingkah laku bakal isteri yang menyebabkan dia meragui ‘masa depan’ mereka.
“Perkara pertama, dia mahukan mas kahwin RM20,000 dan itu belum termasuk kos cincin dan tambahan berkaitan majlis perkahwinan yang dia akan tambah,” katanya.
Selain itu, lelaki ini juga memberitahu dia disuruh untuk meletakkan wang pendahuluan demi sebuah kondominium mereka mahu menyewa.
Lebih memburukkan keadaan apabila menurutnya, tunangnya tidak mempunyai pekerjaan tetap atau stabil.
Tambahnya, wanita itu tidak bercadang untuk mencari pekerjaan baharu dengan alasan sudah bersedia untuk timang cahaya mata.
Menjelaskan situasi kewangan, lelaki itu menyatakan bahawa dia kini hanya berpendapatan RM3,000 sebulan.
Dia cuba berbincang dengan tunangnya jika wanita itu dapat membayar sejumlah RM2,000 untuk deposit kondominium mereka bakal duduki.
“Lepas berkahwin gaji saya RM3,000 saja jadi saya kata kat dia awak bayar RM2,000. Jadi kita gabung jadilah RM5,000.
“Kita kongsilah sama-sama kos sara hidup. Saya seorang tanggung pengsan RM5,000 setiap bulan.
“Dia merungut kata itu dan ini mengadu dia tak nak keluar sejumlah tu. Saya boleh bayangkan lepas kahwin macam mana bingit dia,” jelasnya lagi.
Di akhir luahannya lelaki itu meminta nasihat daripada orang ramai dengan mengatakan bahawa dia lebih rela melarikan diri dan berkahwin dengan gadis dari Thailand.
Rata-rata netizen mencadangkan agar dia meninggalkan tunangnya dan mencari pasangan lain demi kebaikannya.
“Jika ada bakal isteri yang menyusahkan bakal suami, eloklah jangan berkahwin sebab berdosa juga menyusahkan suami hanya sebab nak jaga standard. Dia kena cari la anak-anak datuk yang kaya mampu jaga dia selain awak.
“Cari lain je la. Sepatutnya at this point, dia dah boleh beri komitmen sebab sayangkan awak,” kata beberapa netizen di Twitter memberi pendapat.