Bengang ajakan ‘bersama’ isteri ditolak mentah-mentah, suami asah pisau dalam bilik air siap ugut nak bunuh anak
Sudahlah penat mencari rezeki demi menyara hidup keluarga, seorang isteri menjadi mangsa paksaan suaminya pula.
Malah, anak-anak turut menjadi mangsa gara-gara wanita itu tidak mampu melayan permintaan suaminya untuk melakukan hubungan intim.
Seorang lelaki berusia 46 tahun ditahan kerana mengugut untuk membunuh kedua-dua anak lelakinya masing-masing berusia 14 dan 12 tahun.
Kejadian yang berlaku di Tanjungbalai, Sumatra Utara, Indonesia itu turut menyaksikan suspek juga mengugut kedua-dua anaknya jika mereka keluar dari tandas.
Menurut Ketua Polis Daerah Tanjungbalai, AKBP Ahmad Yusuf Afandi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Suspek mengasah pisau dan mengugut akan membunuh jika mereka berani keluar dari tandas.
Bagaimanapun, isterinya berjaya melarikan diri lalu melaporkan insiden berkenaan kepada seorang paderi yang tinggal berdekatan dengan kediaman mereka.
Suspek sekali lagi mengugut anak-anaknya untuk dibunuh. Mendengar ugutan tersebut, isteri suspek terus membuka pintu untuk meminta pertolongan dan membuat laporan.
Pihak polis kemudian berjaya menahan suspek manakala anak-anaknya yang dikurung berjam-jam itu berada dalam keadaan yang baik.
Ketua Perhubungan Awam Polis Tanjungbalai, AKP Ahmad Dahlan Panjaitan berkata suspek nekad berbuat demikian kerana berasa jengkel dengan isterinya yang menolak untuk melakukan hubungan seksual.
Susulan itu, suspek berusia 46 tahun tersebut didakwa mengikut undang-undang perlindungan kanak-kanak dan kekerasan rumah tangga.