Bengang diejek ketika main jutaria, rakan maut dihempuk berulang kali dengan kayu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bengang diejek ketika main jutaria, rakan maut dihempuk berulang kali dengan kayu. Seorang lelaki berusia 24 tahun nekad membunuh rakan baik sendiri gara-gara tidak tahan diejek ketika bermain permainan jutaria.

Kejadian di Sumatera Selatan, Indonesia itu berlaku selepas suspek meminta mangsa yang berusia 25 tahun menghantarnya pulang ke rumah.

Menurut pegawai polis Ogan Komering Ulu Budi Santoso, ketika kedua-dua mereka sedang bermain, mangsa tiba-tiba mengejek suspek.

“Suspek kemudian meninggalkan tempat bermain tersebut sebelum menghantar pesanan supaya mangsa datang ke kebun.

“Mangsa yang tanpa rasa curiga terus ke lokasi kejadian. Namun semasa dalam perjalanan, dia dipukul berulang kali menggunakan kayu di bahagian belakang kepala,” katanya.

Bengang diejek ketika main jutaria, rakan maut dihempuk berulang kali dengan kayu

Susulan daripada itu, mangsa jatuh dari motosikal.

Melihatkan kejadian tersebut, penduduk setempat bergegas memberi bantuan dan menghantarnya ke hospital berhampiran.

Pun begitu, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Suspek yang melarikan diri selepas kejadian bagaimanapun tampil menyerahkan diri.

Tambah Ulu Budi, berdasarkan hasil siasatan, suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut kerana marah dengan mangsa.

BACA:
Tengah sedap menikmati sambil menghirup sup yang dipesan, pelanggan tekejut jumpa ‘sesuatu’ dalam makanan
“Aku nampak kereta laki aku masuk laman rumah, gembira seronok aku terjah dia, tapi sebenarnya tu semua khayalan aku”
Lelaki dipenjara 6 minggu, pukul pelacur dengan botol sebab bengang ‘servis’ yang diberikan tak memuaskan

Leave a Comment