TerasMalaysia

Bengang dituduh salah satu ahli dalam ‘secret society’s’, Shuib bakal ambil tindakan undang-undang

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bengang dituduh salah satu ahli dalam ‘secret society’s’, Shuib bakal ambil tindakan undang-undang

Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib berang apabila dituduh menjadi antara ahli sebuah organisasi bermula dengan huruf F dipercayai merujuk kepada Freemason oleh seorang pengguna Facebook.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, berkata, dia sudah cuba menghubungi individu berkenaan namun komen dan mesej yang ditinggalkan tidak dijawab.

Pelawak itu turut bertegas agar individu berkenaan segera tampil sebelum tindakan undang-undang diambil terhadapnya.

“Yang nombor dua ini (individu kedua) saya rasa apa yang dia kongsi dan komen itu terlalu melampau. Saya tidak pernah jumpa dia, kenapa tulis macam itu?

“Kalau ada bukti, silakan jumpa depan-depan,” katanya.

Shuib berkongsi mengenai perkara tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di Instastory miliknya pada petang Isnin.

Individu berkenaan menimbulkan kemarahan Shuib apabila membalas salah satu komen ditinggalkan pengguna media sosial lain dengan melahirkan rasa kasihan terhadap Siti Sarah yang didakwa menjadi mangsa.

Sebelum ini, Shuib ada berkongsi paparan pengguna media sosial yang bercakap buruk tentang dirinya termasuk mengaitkan kematian isterinya iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin sebagai satu perkara dirancang dan ada kaitan dengan sebuah organisasi iaitu Freemason.

Menerusi hantaran berkenaan, individu tersebut mendakwa Siti Sarah ditidurkan secara paksa kerana Shuib ingin membuktikan pada ibu mengandung tentang risiko tidak mengambil vaksin.

Dalam pada itu, Shuib memberitahu dia sudah pun menghubungi individu tersebut dan akan bersemuka dengannya dalam satu pertemuan pada Selasa (esok).

Shuib turut meluahkan rasa kesal apabila ada pihak mudah menuduh sekaligus menyebar fitnah tentang dirinya.

“Selama ini saya banyak berdiam diri di sosial media, namun saya dihentam dan diperli. Saya sendiri tertanya apa salah saya kepada anda semua.

“Memang sedih sebab saya tak kacau atau buat apa-apa pun. Kalau saya ada buat salah saya minta maaf,” ujarnya.

Baca : 
“12 tahun aku bersama, ibarat macam berkahwin dengan patung, bila dia mula beria, aku pula rasa tak selesa”
Ustaz ralit ‘scroll’dan layan video lucah masa tengah jaga murid ambil ujian peperiksaan

Leave a Comment