Berang anak kandung diganggu bapa tiri, isteri nekad kerat suami buat lauk kurma

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Berang anak kandung diganggu bapa tiri, isteri nekad kerat suami buat lauk kurma. Dalam rumah tangga, isteri digambarkan sebagai sosok yang harus taat dan tak boleh melawan suami. Namun kalau suami pun gagal selaku ketua keluarga tidak mustahil ia menjadi pendorong seseorang wanita bertindak luar kawalan seperti kisah wanita bernama Zainab Bibi ini.

Jiran tingkat bawah pelik terhidu bau yang sangat busuk

Pada 24 November 2011, Encik Behzad yang merupakan jiran tingkat bawah terhidu satu aroma pelik dari rumah Zainab. Kerana curiga, dia mula naik ke atas dan begitu terkejut melihat Zainab dibantu seorang anak saudara, Zaheer sedang memasak suaminya, Ahmed Abbas. Behzad yang juga merupakan tuan tanah di situ segera melaporkan hal itu kepada polis.

Zainab akui takut selepas buat jenayah tersebut…Tak berani dekati tubuh Ahmed

Berang anak kandung diganggu bapa tiri, isteri nekad kerat suami buat lauk kurma

Menurut siasatan, Ahmad Abbas diberikan ubat tidur yang dilarutkan ke dalam bancuhan air teh. Pengsan selepas setengah jam, Zainab mengambil tali dan menamatkan hayat lelaki itu. Untuk menghapuskan bukti, dia ‘memisahkan’ anggota badan Ahmad dan memasak kurma dalam periuk besar. Mengikut perancangan awal, dia akan menggunakan rempah ratus untuk kurangkan bau busuk seterusnya buang ke longkang. Andai ada orang bertanya, dia bakal katanya “lauk itu sudah basi”.

Zainab tidak suka anaknya cuba disentuh oleh suami baru

Berang anak kandung diganggu bapa tiri, isteri nekad kerat suami buat lauk kurma

Saat itu, Zainab dan Ahmed baru berkahwin selama 5 tahun. Hasil pernikahan lama, Zainab punyai anak gadis berusia 17 tahun bernama Sonia. Ahmed yang juga merupakan guru sekolah kepada Sonia didapati cuba melakukan perbuatan jijik kepada anak tirinya itu, hal itulah yang dikesali Zainab. Sempat dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, wanita ini akhirnya dibebaskan (setelah 11 tahun dipenjara) apabila rayuannya diterima mahkamah.

BACA:
Punca sebenar abang pukul isteri adik, tak sangka sampai 4 orang dia ‘hentam’
Tuan rumah bengang dengan penyewa, tinggal rumah macam sarang tikus, penuh dengan sampah
Lelaki ini diberhentikan majikan gara-gara selalu hilang dan duduk dalam tandas terlalu lama

Leave a Comment