Berang bumbung kereta kemek sebab sampah, lelaki ini buat video khas untuk jiran itu
Seorang pemilik kereta terpaksa berputih mata apabila keretanya kemek akibat ditimpa sampah yang dipercayai dibuang dari tingkat tinggi sebuah flat.
Video tersebut dikongsikan lelaki itu menerusi TikTok Amin AVP sekali gus menerima maklum balas pelbagai daripada pengguna selain ada yang berkongsi pengalaman sama.
Menerusi keterangan video, lelaki itu menyifatkan tindakan itu sebagai miskin harta dan adab serta menyusahkan orang.
“Tengok ni habis kereta, pertama kali kena macam ni. Kau tengoklah sampah apa dibuang. Aku tak halalkan,” katanya sambil menunjukkan keadaan bumbung serta sampah yang dibuang terkena keretanya.
Bagaimanapun, tidak diketahui lokasi sebenar flat tersebut kerana tidak dinyatakan.