Berang cinta kena ‘reject’, pelajar China tekad hantar daging babi sebagai hadiah kepada wanita muslim ini
Gara-gara terlalu taksub kepada seorang wanita Muslim, seorang pelajar warga China di United Kingdom (UK) dijatuhi hukuman penjara 28 bulan.
Kaichen Ma dijatuhkan hukuman penjara kerana obses dengan seorang pelajar Muslim dan menghantar 1kg daging babi ke kediaman university wanita tersebut.
Kaichen Ma menjadi taksub dengan wanita itu selepas mereka dilaporkan pergi meluangkan masa bersama.
Pendakwaraya Matthew Bean memberitahu Mahkamah Durham Crown bahawa kedua-duanya bertemu di sebuah kelab malam September lalu dan bertukar nombor telefon.
Beberapa hari kemudian, mereka dilaporkan pergi ke restoran Turki dan panggung wayang bersama. Lelaki berusia 21 tahun itu cuba mencium wanita itu dan menyentuh lengannya ketika dia berjalan pulang ke rumah.
Wanita itu berterus-terang untuk memaklumkan lelaki tersebut bahawa dia tidak berminat untuk bercinta dengannya. Walaupun begitu, wanita berkenaan mendakwa Kaichen terus mengganggunya dengan menghubunginya 44 nombor telefon berbeza.
Mangsa, seorang pelajar di Universiti Durham, menghalangnya berulang kali, tetapi dia menghadiri kuliah wanita tersebut walaupun pada hakikatnya mereka tidak mengikuti kursus yang sama.

Selain menghantar daging babi (haram bagi orang Islam), Kaichen turut membeli hadiah yang ditujukan kepada “cinta dalam hidup saya,” termasuk cincin Pandora, kad, dan tiket kapal terbang untuk melawat keluarganya di China.
Ketaksuban Kaichen telah membuatnya takut untuk meninggalkan penginapannya seorang diri. Dipercayai wanita Muslim itu menderita penyakit mental dan ponteng kelas selama dua minggu kerana ketakutan.
Selepas Kaichen ditahan pada 1 Disember tahun lalu, dia mengaku segala tuduhan ke atasnya. Dia dibenarkan ikat jamin dengan syarat tidak menghubungi atau mendekati wanita itu lagi.
Bagaimanapun, dalam bulan yang sama, Kaichen menghantar mesej kepada wanita terbabit untuk merayu supaya menarik balik aduan polis terhadapnya.
Dalam pada itu, Kaichen terus mengatakan bahawa wanita itu harus pergi ke China bersamanya dan menempah tiket penerbangan untuknya ke Beijing.
Selain itu, dia juga menawarkan untuk membayar sebulan gajinya sebagai pertukaran untuk wanita itu menggugurkan aduan gangguan tersebut.
Pada 30 Januari, lelaki tersebut telah ditangkap sekali lagi selepas dia dilaporkan melakukan kesalahan yang sama iaitu menghampiri wanita itu lagi.
Hakim James Adkin menjatuhkan hukuman penjara 28 bulan kepadanya. Dia juga akan dibuang selepas menjalani separuh daripada hukumannya.
Bukan itu sahaja, Hakim Adkin turut mengeluarkan perintah sekatan iaitu melarang Kaichen daripada menghubungi atau mendekati mangsa selama tempoh 15 tahun.
Hakim James Adkin turut mengatakan tingkah laku Kaichen yang “taksub, berterusan” itu memberi impak yang besar kepada mangsa.