TerasMalaysia

Berang dengan jiran sebab guna lesung batu lewat malam, penduduk sepakat tampal notis tanda amaran

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Berang dengan jiran sebab guna lesung batu lewat malam, penduduk sepakat tampal notis tanda amaran. Bila tinggal di rumah jenis pangsapuri ini, pasti banyak peraturan yang kita kena ikut supaya tidak mengganggu ketenteraman jiran sekeliling.

Macam sebelum ini, ada kes jiran bawah rumah gunakan balkoni sebagai tempat menggoreng sehingga ganggu lantai jiran atas dan jemuran mereka, kali ini ada kes yang mungkin dengar macam remeh tapi sebenarnya ia adalah satu gangguan ketara buat jiran keliling.

Bengang jiran guna lesung batu

Berang dengan jiran sebab guna lesung batu lewat malam, penduduk sepakat tampal notis tanda amaran

Satu foto viral menunjukkan notis yang diberikan salah seorang penduduk kerana tidak tahan dengan penghuni lain yang suka menggunakan lesung batu pada lewat malam.

“Minta kerjasama untuk tolong jangan guna lesung batu lewat malam. Tolong hormat waktu tidur orang lain. Jika berlaku lagi, akan direkod & aduan akan dibuat pada management vista.”

Berdasarkan pendapat netizen, bunyi ketukan lesung batu itu mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya ia memberikan impak kepada seluruh rukun tetangga buat mereka yang tinggal di kawasan pangsapuri ataupun kondominium.

Malah, ada juga netizen berpendapat bahawa ada kemungkinan ia adalah gangguan lain kerana berdasarkan pengalaman mereka, penduduk di atas rumahnya tidak berpenghuni.

Dalam masa yang sama ada juga pernah lalui pengalaman yang seakan sama dengan situasi seperti dalam gambar ini. Kata mereka, biarpun teguran telah dibuat tetapi tetap tidak diendahkan.

BACA:

Jual makanan ada babi, tapi pakai tudung, tak sangka ini jawapan peniaga selepas ditanya

Gara-gara tak faham bahasa inggeris, wanita ini terpaksa bayar RM50 untuk satu pesanan air

Kecoh satu rumah! Nenek teruja nak makan kek hari lahir sampai tercabut gigi palsu

Leave a Comment