Berang dengan penduduk setempat sambil lewa buang sampah, pekerja nasihat guna video

Berang dengan penduduk setempat sambil lewa buang sampah, pekerja nasihat guna video

Disebalik kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat, masih ada yang tidak mengamalkan pembuangan sampah secara beretika serta tidak membuang sampah ke dalam tong sampah.

Seperti baru-baru ini, tular dalam Twitter apabila sebuah video yang menunjukkan seorang pekerja kebersihan berkongsi sebuah video telah meraih tumpuan ramai.

Menerusi ciapan berkenaan, kelihatan seorang pekerja kebersihan sedang mengangkat tong sampah untuk dibuang ke dalam lori.

Dapat dilihat dalam video berkenaan, lelaki tersebut mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang tidak pandai mengikat sampah ke dalam plastik dan membuangnya begitu sahaja ke dalam tong.

Sampah-sampah yang dibuang begitu sahaja telah menyebabkan ia berterabur dalam tong tersebut dan susah untuk dibuang.

Sisa-sisa sampah itu dilihat susah untuk dikeluarkan kerana tersekat.

Oleh itu, lelaki berkenaan telah meminta semua untuk membuang sampah ke dalam plastik dan mengikatnya dengan kemas supaya tidak berterabur.

“Itulah, kalau boleh asingkan lah sisa makanan dalam plastik lain” – Netizen

https://twitter.com/i/status/1640696631476514823

Baca : Mark Adam ditipu hidup-hidup, terpaksa jalan kerja pembinaan rumah dengan sendiri

Leave a Comment