TerasMalaysia

Berang gaji tak naik sebab ‘MC’ selama 15 tahun, lelaki ini nekad saman tempat kerjanya sendiri

Berang gaji tak naik sebab ‘MC’ selama 15 tahun, lelaki ini nekad saman tempat kerjanya sendiri. Seorang pakar IT yang telah cuti sakit tanpa bekerja sejak 2008 baru-baru ini bertindak nekad menyaman majikannya kerana tidak memberi kenaikan gaji, lapor Oddity Central.

Ian Clifford, pakar IT telah dibayar gaji tahunan sebanyak USD67,500 (RM305,400) sebagai sebahagian daripada pelan hilang upayanya dengan majikannya.

Tuntutan saman itu dibuat oleh Ian ke atas syarikat teknologi gergasi IBM, Amerika Syarikat kerana melakukan diskriminasi ke atas kecacatannya.

Ian juga mendakwa bahawa gajinya tidak mencukupi kerana berdepan dengan inflasi yang dihadapinya.

Ian tidak melakukan sebarang pekerjaan untuk syarikat itu dalam tempoh 15 tahun, namun tetap akan terus menerima gaji tahunannya sehingga bersara atau meninggal dunia, mengikut pelan hilang upaya IBM.

Berang gaji tak naik sebab MC selama 15 tahun lelaki ini nekad saman tempat kerjanya sendiri

Walaupun begitu, pekerja IT itu merasakan bahawa dia telah dilayan secara tidak adil oleh majikannya. Dia kemudiannya nekad untuk membawa syarikat itu ke mahkamah untuk kenaikan gaji.

Ian dari Reading, di United Kingdom mula bekerja untuk syarikat perisian Amerika Lotus Development pada tahun 2000, lima tahun selepas dia diperoleh oleh IBM.

Cuti sakit selama lima tahun dan tidak menerima kenaikan gaji
Pada September 2008, dia bercuti sakit sehingga 2013 dan mula membangkitkan rungutan mengenai gajinya untuk tempoh lima tahun dan tidak menerima kenaikan gaji.

IBM akhirnya menawarkan pakar IT itu ‘perjanjian kompromi’ yang membolehkannya dimasukkan ke dalam pelan hilang upaya syarikat dengan bayaran gaji terjamin.

Ia termasuk tiada kewajipan untuknya bekerja sehingga pemulihan, persaraan atau kematian.

Mengikut pelan tersebut, Ian Clifford telah dibayar sebanyak 75 peratus daripada gaji yang dipersetujuinya sebanyak USD54,028 (RM235,000) selama 15 tahun yang lalu.

Bayaran yang diperolehinya itu dibuat tanpa sebarang pekerjaan dilakukannya serta bayaran sebanyak 8,685 pound sterling (RM48,000) untuk menyelesaikan pertikaian gaji percutiannya pada 2013.

Ada yang menganggap ini sebagai ‘perjanjian manis’, namun pada tahun lepas, pekerja IT itu cuba menyaman IBM di mahkamah pekerja UK.

Ian mendakwa bahawa dia telah dilayan dengan tidak baik oleh majikannya.

Walau bagaimanapun, mahkamah akhirnya telah menolak dakwaan dan tuntutan saman oleh Ian itu.

BACA:
Tak sangka Jepun mempunyai kawasan yang namanya dilenyapkan dari peta dunia
Rupanya ada kisah dan rahsia disebalik kejayaan A&W yang ramai tak tahu, masih digunakan sampai sekarang
’Influencer’ ini sanggup habis berpuluh ribu buat pembedahan plastik mata seperti kucing

Leave a Comment