TerasMalaysia

Berang nampak suami berduaan dalam kereta, isteri diseret 20 meter sebab tarik rambut kekasih

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Berang nampak suami berduaan dalam kereta, isteri diseret 20 meter sebab tarik rambut kekasih. Seorang wanita di China diseret lebih 20 meter dalam keadaan dia berpaut pada kepala kekasih gelap suaminya selepas ‘menangkap’ kedua-dua mereka sedang menaiki kereta, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Xuejiagou, wilayah Hebei, wanita berkenaan ketika itu dikatakan sedang membeli-belah bersama anak-anaknya.

Dia yang terkejut melihat suami dan kekasihnya itu bertindak dramatik dengan menyerbu kereta tersebut dan menarik rambut wanita berkenaan.

Berang nampak suami berduaan dalam kereta, isteri diseret 20 meter sebab tarik rambut kekasih

Si suami terus menekan pedal minyak kereta sambil wanita itu menjerit dan menarik perhatian sejumlah orang yang lalu lalang.

Mereka kemudian memberhentikan kereta tersebut serta membantu wanita itu.

Susulan kejadian itu, media tempatan melaporkan, si suami telah ditahan polis untuk disiasat kerana memandu secara berbahaya.

BACA:
Keluarga Kak KM kena ‘sekolah’ dengan netizen sebab tak pakai tudung masa ziarah kubur bapa
“Lelaki pun dah tak selamat!” – Remaja kena cabul dalam tandas masa tengah ikat tali kasut
Guna kotak kasut untuk bawa makanan luar dalam pawagam, tindakan lelaki ini buat orang ramai ‘goyang’

Leave a Comment