TerasMalaysia

Berang pemilik kenderaan sesuka hati parkir depan rumah, wanita conteng kereta pakai gincu tanda amaran

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Berang pemilik kenderaan sesuka hati parkir depan rumah, wanita conteng kereta pakai gincu tanda amaran. Seorang wanita di Indonesia nekad menconteng bonet sebuah kereta yang diparkir di hadapan pagar rumahnya kerana berang kenderaan tersebut tidak dialihkan, lapor program berita Liputan6 semalam.

Berdasarkan sebuah klip video tular di laman TikTok, wanita berkenaan dilihat menconteng kereta berwarna putih itu menggunakan gincu.

Meskipun tidak akan memberi kesan kekal pada badan kereta, penggunaan gincu akan membuatkan kenderaan menjadi kotor sekiranya tidak dibersihkan dengan betul.

Kereta itu dikatakan diletakkan betul-betul di hadapan pintu pagar rumah wanita berkenaan sehingga menyukarkannya untuk keluar atau masuk ke dalam rumahnya.

Berang pemilik kereta sesuka hati parkir depan rumah, wanita conteng kereta pakai gincu tanda amaran

Pemilik kereta tersebut juga dikatakan tidak pergi mengalihkan kenderaannya yang mendorong wanita berkenaan menulis kata-kata peringatan.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Yang tinggal di rumah di tepi jalan pasti boleh memahami keadaan ini,” kata seorang pengguna.

“Idea yang bagus tetapi mahu tahu juga, apa yang berlaku seterusnya?” kata netizen lain.

@sripoku.com Sering Parkir Sembarangan, Mobil Dicoret Pakai Lipstick Lantaran Pemilik Rumah Kesal Sulit Lewat #tiktokberita #beritaviral #beritaviraltiktok ♬ suara asli – Sripoku

BACA:
Lagi besar dari kereta viva, pemilik sayang nak lepaskan lembu kesayangan, bakal jual kalau kena dengan harga
‘Rider’ demam lepas hantar makanan rumah pelanggan, tak sedap hati lepas terbau benda busuk
Lelaki teruja jumpa cincin dalam timbunan sampah terbakar, tak sangka penemuan itu mengubah hidupnya

Leave a Comment