Berang permintaan tidak ditunaikan, peminta sedekah mengamuk baling benda, siap ugut nak pukul.
Hanya kerana enggan untuk menghulurkan duit derma kepadanya, seorang lelaki yang mendakwa dirinya pemegang kad OKU memaki hamun dan melakukan kekasaran kepada orang awam.
Dia membaling kad itu di kepala orang awam, malah dikatakan lelaki OKU itu juga ada mengugut untuk memukulnya. Perbuatan biadap peminta sedekah itu tular di TikTok dan meriah lebih daripada 1.8 juta penonton dalam masa 2 hari.
Menurut pengirim video, kejadian seperti ini sudah berlaku kepadanya selama 2 kali. Dia mendakwa bahawa lelaki tersebut menunjukkan Kad OKU dan menjelaskan bahawa dia mahu menggunakan duit untuk membelikan beras untuk ibu dan ayah.
“Tahun lepas kena dekat Jalan TAR, dia minta makanan kalau tak bagi, dia akan mengamuk dan maki sampai nak pukul.”
Pemilik video menasihati orang ramai terutamanya kaum wanita kalau terjumpa dengan individu ini. Dia juga turut bertanyakan kepada warga maya jika mereka pernah alami situasi sebegini.
@aaparf Cuba balik up.. tadi tetiba kena b**** #fypシ #fypシ゚viral ♬ AIN'T GONNA STOP – Carol Kay