Berang sebab sewa rumah dinaikkan, pemilik buat ‘onar’ buang peti sejuk dari tingkat 23

Berang sebab sewa rumah dinaikkan, pemilik buat ‘onar’ buang peti sejuk dari tingkat 23. Seorang penyewa di Nanjing, China menimbulkan kemarahan orang ramai apabila membuang sebuah peti sejuk dari tingkat 23 bangunan pangsapurinya selepas tuan rumah menaikkan kadar sewa, lapor laman berita Thaiger semalam.

Tindakan berbahaya itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan, tetapi membangkitkan kemarahan penduduk setempat.

Kejadian berlaku pada 28 April lalu apabila lelaki tersebut terlibat dalam konfrontasi dengan ejen hartanah mengenai kadar sewa dan notis pengusiran.

Berang sebab sewa rumah dinaikkan pemilik buat onar buang peti sejuk dari tingkat 23

Untuk melepaskan kemarahan, lelaki itu membuang sebuah peti sejuk dari tingkap rumahnya.

Polis kemudian menahan suspek selepas menerima aduan orang ramai.

Apabila penyewa itu dibawa keluar dari bangunan, sekumpulan penduduk tempatan mengepung dan menyerangnya. Mereka menuduhnya melakukan ‘cubaan membunuh’.

“Dia hanya mementingkan dirinya sendiri,” kata seorang netizen.

@furrybuddyilu
江苏南京有人从20多楼抛下一台电冰箱,Jiang su nan jing a guy throw a refrigerator out of the window from 20th floor #fyp #fypシ #refrigerator #highrisebuilding #throwingthings #china #fypchina #chinatiktok #热门推荐 #热门视频 #高楼抛物 #电冰箱 #中国 #中国人🇨🇳 #江苏 #南京 ♬ original sound – Furry buddy

BACA:

Panik ingat terperangkap dalam lif, wanita ini jatuh ke ruangan bawah lepas cuba selamatkan diri

Aku pegang tangan mak untuk menenangkan perasaannya, dalam kepala aku, aku seakan tahu apa benda yang jadi

Memiliki dua isteri dan 23 orang anak, lelaki bawa bas mini pergi beraya rumah saudara mara

Leave a Comment