Berang suami minta cerai, isteri nekad mengembara ke Singapura dengan kawan untuk balas dendam

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Berang suami minta cerai, isteri nekad mengembara ke Singapura dengan kawan untuk balas dendam. Seorang wanita Indonesia sanggup menempuh jalan yang jauh untuk membalas dendam kepada suaminya warga Malaysia selepas suaminya itu meminta cerai pada Mac lalu.

Menurut laporan CNA, wanita bernama Rahimah Nisva itu telah berkahwin dengan suaminya pada 2019 dan mendaftarkan perkahwinan itu di Batam, Indonesia, yang merupakan tempat tinggalnya.

Walaupun keluarga ini menyambut kelahiran anak pertama pada Januari 2023, hubungan kedua suami isteri ini sudah mula goyah pada Disember 2022, di mana si suami merasakan Rahimah terlalu posesif.

Pada 19 Mac 2023, suami Rahimah pergi ke Batam dari Singapura untuk bertemu dia dan ibunya, di mana dia membangkitkan isu perceraian. Bagaimanapun, Rahimah tidak menunjukkan sebarang tanda tidak senang hati terhadap idea tersebut.

Rahimah kemudiannya bergerak menuju ke Singapura bersama rakan sekerja wanita, di mana dia memberi alasan untuk bercuti di negara itu pada 22 Mac dengan menaiki feri.

Berang suami minta cerai, isteri nekad mengembara ke Singapura dengan kawan untuk balas dendam

Apabila tiba di Pusat Pelayaran Singapura kira-kira jam 6 petang, Rahimah memberitahu rakan sekerjanya bahawa dia perlu, “bertemu suaminya untuk mendapatkan beberapa dokumen”.

Mereka kemudiannya menuju ke Jalan Balam, berhampiran flat suaminya dan Rahimah memberitahu rakan sekerjanya untuk menunggunya di sana.

Rahimah kemudiannya bertindak menukar pakaian hitam dan berniqab sebelum menuju ke flat suaminya dan meninjau kawasan tersebut. Setelah selesai, dia mendaftar masuk ke sebuah hotel di Geylang bersama rakan sekerjanya.

Pada jam 6.30 pagi keesokan harinya, Rahimah keluar dari hotel dan mengambil botol termos yang berisi air panas bersamanya.

Selepas memberitahu rakan sekerjanya bahawa dia ingin bertemu suaminya, Rahimah memakai semula baju hitam dan niqab sebelum menunggu di hadapan rumah suaminya pada jam 7.20 pagi.

10 minit kemudian, suaminya keluar dari rumah dan duduk di atas kerusi untuk mengikat tali kasut. Semasa sedang leka mengikat tali kasut, Rahimah meluru ke arah suaminya dan menjirus air panas sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Serangan itu menyebabkan suaminya mengalami luka bakar tahap kedua, di mana tompok merah dan kulit melepuh di seluruh bahagian atas punggung, belakang leher dan sebahagian lengan kanannya.

Selepas serangan itu, Rahimah dan rakan sekerjanya menaiki feri keluar dari Singapura ke Batam pada jam 9:30 pagi, sambil rakannya tidak menyedari apa yang dilakukan Rahimah sebelum ini.

Bagaimanapun, perjalanan mereka terhenti apabila pegawai dari Pengawal Pantai Polis memberhentikan feri itu yang membawa kepada penahanan dan reman kepada Rahimah sehingga hukumannya semalam dijatuhkan pada 30 Mei.

Untuk rekod, pihak pendakwaan menuntut hukuman berat, dengan alasan bahawa serangan Rahimah dirancang dan dilakukan dengan niat.

Rahimah pula merayu di hadapan hakim, dia akui menyesal dengan tindakannya dan memberi alasan masih menyusukan anak perempuannya.

Dia kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan kerana menyerang suaminya.

BACA:
Pekerja Shopee dikecam netizen, campak dan buka barang ‘delivery’ sesuka hati
Suami ‘outstation’ 4 hari, isteri layan ‘benda’ sepanjang malam, terkejut tengok lebam bila bangun tidur
Ini fungsi sebenar bulu macam berus yang ada di tepi eskalator, ramai cakap untuk bersihkan kasut

Leave a Comment