Berang tak dapat ‘password’ Facebook yang diminta, suami nekad tikam isteri ulang kali sebab curiga

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Berang tak dapat ‘password’ Facebook yang diminta, suami nekad tikam isteri ulang kali sebab curiga. Seorang lelaki didakwa sanggup membunuh isterinya sendiri dipercayai kerana mengesyaki isterinya sedang ‘bermain kayu tiga’ dibelakangnya.

Minta ‘password’ FB

Insiden yang berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia itu berlaku pada Sabtu kira-kira jam 3 petang di rumah pasangan tersebut selepas suspek menuduh isterinya berlaku curang terhadapnya.

Difahamkan sebelum kejadian itu suspek telah beberapa kali meminta kata laluan akaun media sosial Facebook mangsa namun mangsa tidak memberikannya. Perkara tersebut telah menyebabkan emosi suspek tidak terkawal dan akhirnya bertindak menikam mangsa berulang kali.

Setelah itu, suspek melarikan diri dari rumahnya manakala mangsa yang menahan kesakitan terjatuh di ruang tamu sebelum meninggal dunia.

Berang tak dapat 'password' Facebook yang  diminta, suami nekad tikam isteri ulang kali sebab curiga

Ibu kepada tiga orang anak itu dilaporkan mengalami luka akibat tikaman di perut dan di rusuk kanan sehingga meninggal di tempat kejadian.

Pegawai polis, Budhi Santoso mengesahkan kejadian itu dan pihaknya kini sedang mengendalikan kes tersebut.

BACA:
Terungkai sudah siapa pemilik sebenar nombor plat ‘FF 1’, dibayar dengan harga paling tinggi setakat ini
“Saya pelik isteri selalu balik lewat malam, saya cuba ikut tanpa pengetahuan dia, tak sangka ini yang dia buat selama ni”
Kerana sumbing dibahagian mulut bayi perempuan ini dibuang, apa jadi selepas tu buat ibu bapanya menyesal

Leave a Comment