Berang tandas stesen minyak tiada air, wanita serang pekerja dan minta ganti rugi sebab beli air botol
Baru-baru ini, satu video menjadi tular semalam apabila seorang wanita dikatakan mengamuk gara-gara tandas yang menjadi persinggahannya untuk melepaskan ‘hajat’ tidak mempunyai air.
Dalam video tersebut, dia terpaksa meminta tolong pengguna lain yang turut berada dalam tandas yang sama dan dilihat telah mengamuk kepada pekerja di kaunter stesen minyak terbabit.
Wanita itu turut merakam sendiri keadaan kecoh terbabit sebelum memuat naik hantaran tersebut di media sosial namun dipadam tidak lama kemudian.
Wanita berkenaan kemudian ‘diselamatkan’ adiknya setelah dibelikan air untuk membasuh apa yang perlu dan selepas itu dia memanggil pengurus stesen minyak itu untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Dia juga meminta agar wang pembelian air mineral turut dikembalikan namun tidak dapat ditunaikan oleh pekerja atas sebab tertentu.
Video tersebut kemudiannya menjadi tular dan menuai pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
“Lain kali sebelum berak, check air. Jangan lupa bawa phone. Cakap baik-baik dengan staff yang air tak ada. Tak perlu jerit-jerit. Kau yang cari pasal menjerit-jerit pastu kau pula yang malu.” komen seorang netizen.