TerasMalaysia

Berang tukar kedai makan ‘last minute’, pasangan ini diserbu penguatkuasa pukul 4 pagi angkara makcik puaka

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Berang tukar kedai makan ‘last minute’, pasangan ini diserbu penguatkuasa pukul 4 pagi angkara makcik puaka

Sepasang suami isteri terkejut apabila pintu bilik hotel mereka diketuk dengan kuat oleh anggota penguatkuasa agama pada jam 4 pagi, yang datang membuat pemeriksaan selepas menerima aduan orang awam.

Menurut usahawan yang dikenali sebagai Zed Rodzuan berkata, dia tidak menolak kemungkinan anggota penguatkuasa hadir disebabkan peniaga kedai makan yang tidak berpuas hati dengannya berikutan perselisihan faham yang berlaku di antara mereka beberapa jam sebelum diserbu.

Bagaimanapun, tindakan tidak dapat diteruskan kerana memiliki kad kahwin yang membuktikan mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.

Difahamkan, Zed bersama dengan isterinya sedang bercuti dan menginap di hotel bajet berkenaan. Pada malam kejadian, mereka berkunjung ke sebuah kedai makan untuk makan malam.

@zed.rodzuan

Replying to @Sharifah Nurfarah Yannis alkisahnya kami makan kat kedai makcik tu, lepas tu dia sidai kami sejam tak dapat makan so kami letak duit atas meja dan blah terus dari situ sebab kebulur dari siang tak makan and gerak kedai mamak sebelah. So bermulalah segala tragedi

♬ original sound – Zed Rodzuan – Zed Rodzuan

“Al-kisahnya kami pergi ke kedai makan dan order makanan. Selepas sejam menunggu, makanan masih belum sampai. Jadi kami letak duit di atas meja dan terus blah dari situ.

“Kami pergi ke kedai mamak bersebelahan, sebab dah kebulur dari siang tak makan,” katanya.

Tetapi Zed tidak menyangka peniaga itu tidak berpuas hati dengannya walaupun dia telah meletakkan duit bayaran tanpa menjamah makanan yang dipesan.

“Sekarang ni makcik itu tak berpuas hati dan datang mencari kami di kedai mamak dan buat macam ni (dipercayai merakam gambar) dan kata ‘Terima kasihlah buat makcik macam ni’.

“Dia beredar dari kedai mamak dan hantar suami dia pula untuk spy kitorang sampai masuk bilik hotel ni dan kata, oh check hotel rupanya. Boleh panggil pejabat agama.

“Sekarang ni kau dah menyusahkan aku. Kitorang kena pergi travel, jam 4 pagi tengah tidur pintu bilik pula diketuk,” katanya.

Di ruangan komen, netizen mengecam tindakan peniaga berkenaan yang bukan sahaja menganiaya pasangan berkenaan, malah membuang masa dan tenaga pihak anggota penguatkuasa agama.

Sumber

Baca : James Webb tipu satu dunia, gambar bintang yang diambil dari teleskop rupanya dari potongan sosej

Leave a Comment