TerasMalaysia

Berderau si ibu bila dengar anak sulung nya tiba-tiba menangis dan meminta ‘kakak’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Berderau si ibu bila dengar anak sulung nya tiba-tiba menangis dan meminta ‘kakak’

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi detik seram apabila anak sulungnya tiba-tiba menangis meminta ‘kakak’.

Apa yang merunsingkan si ibu ialah kanak-kanak itu merupakan anak sulungnya.

Jadi, siapakah ‘kakak’ yang dimaksudkan? Seram!

Namun setelah ditanya berulang kali, rupa-rupanya sebutan tersebut merujuk kepada menu di iklan makanan segera yang kemudian ditunjukkannya menerusi telefon bimbit.

Munirah Ismail berkata, kejadian berlaku baru-baru ini ketika anaknya yang berusia tiga tahun dan lima bulan itu menghidap demam panas.

Ibu berusia 31 tahun itu menjelaskan bahawa anak sulungnya, Nur Amyra Mikayla Amir atau Mikayla bukan pertama kali menyebut ‘kakak’ ketika berada di rumah.

“Banyak kali anak saya ni membahaskan dirinya ‘kakak’ ketika di rumah. Dia bahasakan ‘kakak’ tu ketika bermain dengan anak patung dia.

“Tapi pada hari itu dia tak pegang permainan melainkan main game di telefon. Tiba-tiba dia menangis nak kakak, saya terkejut ‘kakak’ mana pula ni?” katanya.

Lebih mesra disapa Ira, dia pada mulanya menyangka situasi tersebut mungkin berlaku disebabkan keadaan kesihatan anaknya.

“Mikayla sebelum ini pernah sakit, demam sampai cakap benda-benda mengarut. Jadi, ingatkan dia sebut ‘kakak’ sebab ilusi dia.

“Masa tu siang, tapi kalau malam dia tiba-tiba cakap macam tu jadi seram juga. Mungkin ‘hijab’ dia belum tertutup,” ujarnya yang berasal dari Ampang dan menetap di Shah Alam, Selangor.

Namun menurut Munirah, dia tidak menyangka sebutan ‘kakak’ itu sebenarnya adalah ‘geger’ yang merujuk kepada burger di sebuah restoran makanan segera.

“Mula-mula dengar memang tak dapat ‘tangkap’. Hanya dengar ‘kakak’, apabila anak dah mula buka telefon dan tunjuk iklan burger di skrin barulah saya tahu.

“Anak saya memang tak boleh nampak makanan segera logo M, pasti dia akan minta nak makan,” tambahnya.

Ujar Munirah lagi selepas berkongsi video berkenaan kepada suami yang sedang bekerja, dia dan anaknya yang berada di rumah menerima makanan itu menerusi servis penghantaran kira-kira 30 minit kemudian.

@rara.mail

Replying to @Hamba tuhan Alhamdulilah.. Dapat dah “gegerr (burger)” 😂😂 Thanks everyone. warga tiktok semua sporting layan kisah sedih mikayla #burgers #mekdi #mcdonalds

♬ original sound – Raramail – Raramail

Sumber

Baca : Adik manis berbangsa india ini buat ‘sesuatu’ bikin netizen terkejut

Leave a Comment