Berfikir diluar kotak, rupanya ada sebab macam mana pocong boleh wujud dan menghantui orang
Sekarang ni kalau anda buat carian paranormal aktiviti di mana-mana media sosial pasti keluar video yang menunjukkan mereka mencari hantu.
Lebih berani lagi apabila mereka buat secara langsung untuk mencari dan melihat hantu itu sendiri bersama pengikut mereka.
Malah ada yang sanggup buat content tentang kewujudan hantu secara live menerusi media sosial untuk meraih penonton.
Malangnya apabila pencari hantu kena pukul dengan pemilik tanah kerana dikatakan menceroboh kawasan mereka.
Tapi kebanyakan hantu yang dijumpai adalah pontianak dan pocong tapi apa yang menjadi persoalan, kenapa hantu ni wujud?
Jadi kami nak bongkarkan kewujudan hantu pocong atau panggilan ‘manja’ hantu gula gula dan hantu bungkus.
Pocong Wujud Berpunca Dari 4 Sebab
Dari pencarian kami, penampakkan pocong disebabkan empat faktor. Antaranya;
1. Tali pocong si arwah terlupa dibukakan tali bahagian atasnya jadi dia perlu keluar mencari orang yang boleh tolong membuka ikatan tersebut.

2. Masih banyak tanggungan selama hidupnya di dunia sehingga mencuba meminta maaf dengan muncul semula sebagai pocong.
3. Disebabkan guna-guna oleh bomoh atau pengamal ilmu hitam untuk menakutkan orang.
4. Jin yang menyerupai pocong.
Fakta Hantu Pocong
Takut macam mana pun dengan hantu, korang kena tahu jugak fakta hantu pocong supaya kalau terserempak tak adalah menggelupur kan.
Pertama sekali, hantu pocong biasanya tidak mempunyai tuan dan mungkin jelmaan jin yang ingin menakutkan anda saja.
Kedua, hantu pocong ini dikatakan akan meloncat ataupun kadang kala dia akan bergolek jika anda lalu dikawasannya.
Kalau nak tahu, kawasannya adalah tempat sunyi, sungai kotor, kawasan lembab atau tanaman lebat seperti pokok pisang.
Kalau lalu kawasan macam ni, jangan cari pocong. Biarkan dia ber-me time dekat situ okay? Hehe!
Ada juga mengatakan sesiapa yang berjaya menangkap pocong akan jadi kaya kerana dalam bungkusan pocong terdapat wang yang banyak.
Apa pun, kalau korang nampak hantu pocong menjelma, jangan nak tunjuk berani. Biarkan dia dengan ‘dunia’ dia. Dia pun penat nak dengar korang menjerit takut.