Berjiran Dengan Warga Asing Akhirnya Peperangan Meletus Raih Tumpuan Netizen

Berjiran Dengan Warga Asing, Akhirnya Peperangan Meletus Raih Tumpuan Netizen

Hidup berjiran adalah sesuatu yang tak dapat kita elakkan Cuma ada yang manis dan ada juga yang pahit. Bertuah kalau dapat jiran yang baik namun kita akan sentiasa makan hati kalau dapat jiran yang tiada sifat tolak-ansur dan bertimbang-rasa.

Tular video baru-baru ini, apabila gelagat kanak-kanak bermain belon air dengan jiran warganegara Nepal telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @syafiq.afifi, kelihatan dia berkongsi momen ketika anak-anaknya bermain dengan jiran sebelah rumah.

Apa yang menarik perhatian ramai apabila jirannya itu adalah warganegara Nepal. Walaupun berbeza warganegara, tetapi cara mereka melayan anak-anaknya itu dipuji ramai.

Malah, anak-anaknya juga kelihatan seronok berperang belon air dengan mereka.  Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Sumber

Baca : Sekumpulan Gadis Cuak Dikejar Anjing Undang Tawa Warganet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *