TerasMalaysia

Berkenaan isu pelantikan anggota kabinet, Anwar sedia pertimbang pandangan semua pihak

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia akan mengambil kira pandangan semua pihak mengenai pelantikan anggota kabinet.

Katanya, perkara itu masih dibincangkan

“Pandangan semua kita ambil kira.

“Tapi seperti mana ktia tahu dari segi undang-undang, hanya setelah ada hukuman…yang lain tu akan diberi pertimbangan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan petang ini.

Anwar diminta mengulas gesaan pelbagai pihak agar tidak melantik ahli parlimen yang mempunyai pertuduhan rasuah dalam kabinet.

Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) dan pemimpin politik seperti Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim dan bekas menteri Rafidah Aziz membantah sekeras-kerasnya sebarang kemungkinan seseorang yang mempunyai kes mahkamah dilantik ke dalam kabinet.

Pada masa sama, Bendahari Pemuda Umno Johari Yazid dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berikrar sokongan terbuka untuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dinamakan timbalan perdana menteri.

Selain Zahid, Presiden Muda Syed Saddiq Abdul Rahman Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin juga sedang menjalani perbicaraan mahkamah.

Anwar sebelum ini berkata bahawa PH telah menyatakan pendiriannya menolak ahli parlimen yang disabitkan bersalah dipertimbangkan untuk jawatan kabinet tetapi perbincangan lanjut perlu diadakan dengan sekutu baru dalam kerajaan perpaduan.

Syed Saddiq turut hadir pada mesyuarat majlis presiden Harapan hari ini.

Anwar mendedahkan mesyuarat hari ini turut membincangkan potensi Muda secara rasmi menyertai gabungan PH.

Pelantikan kabinet sesegera mungkin

Sementara itu, ketika ditanya bila pengumuman akan dibuat mengenai jawatan kabinet, Anwar berkata ia akan berlaku “sesegera mungkin”.

Anwar mengulangi bahawa dia akan melantik anggota kabinet dalam jumlah yang lebih kecil berbanding pentadbiran sebelum ini.

“Seperti yang saya katakan, ini bukan perkara biasa. Kerajaan perpaduan ini melibatkan banyak pihak, oleh itu sebelum saya membuat keputusan, saya mesti mendengar semua pandangan.

“Dan kemudian, masalahnya kerana kabinet tu diperkecilkan (jumlahnya). Kalau dulu 50 okey, 60 okey, 70 okey. Tak cukup lagi, duta khas, penasihat khas. Saya tak sanggup buat begitu,” katanya.

Leave a Comment