TerasMalaysia

Bermula 7 April, pencarum KWSP sudah boleh buat permohonan di mana-mana bank yang ada

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bermula 7 April, pencarum KWSP sudah boleh buat permohonan di mana-mana bank yang ada

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 40 hingga 50 tahun  yang mempunyai tabungan berjumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2, layak membuat pinjaman bank bermula 7 April ini.

Menurut KWSP, dua bank tempatan yang menyediakan kemudahan pinjaman itu iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank dengan kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) di antara 4% hingga 5%, lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa iaitu 8% hingga 15%.

Tambahnya, pencarum KWSP yang berhasrat membuat pinjaman itu, boleh melayari laman sesawang, https://fsa2.kwsp.gov.my

 bermula 5 April bagi menyemak kelayakan dan amaun pembiayaan peribadi yang boleh dimohon.

KWSP dalam satu kenyataan memperincikan mengenai mekanisme, terma dan syarat Fasiliti Sokongan Akuan 2 (FSA2) yang kini boleh digunakan sebagai cagaran kepada pinjaman bank yang dibuat oleh pencarum.

Menurut KWSP, FSA2 adalah kemudahan yang bertujuan membantu ahli-ahlinya mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. 

“Simpanan dalam Akaun 2 hanya boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun, berdasarkan pengeluaran sedia ada yang dibenarkan di bawah Akta KWSP 1991 (Akta).

“Bagaimanapun, pengeluaran ini adalah bersyarat, di mana pembayaran akan hanya dibuat kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun, seperti yang termaktub dalam Akta,” katanya.

Mengulas lanjut, KWSP berkata, pihak bank akan mentadbir sepenuhnya proses permohonan untuk pembiayaan peribadi melalui kemudahan itu tertakluk kepada penilaian pembiayaan dan rangka kerja kredit mereka. 

Tambahnya, permohonan pembiayaan peribadi itu boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian dan ahli perlu membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP sebelum membuat permohonan yang bermula pada 7 April ini.

“Permohonan hendaklah dibuat mengikut terma dan syarat yang dipersetujui dengan institusi perbankan dan setelah ia diluluskan, ahli boleh mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan institusi perbankan berkenaan.

“FSA2 akan dilaksanakan dalam dua fasa, dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan BSN,” katanya.

KWSP juga akan mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak bank yang mengambil bahagian pada masa hadapan.

Sepanjang Fasa 1, kata KWSP,  pelaksanaan skim yang akan bermula pada 7 April 2023 dan kekal dibuka selama setahun, ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas boleh memohon, tertakluk kepada kesediaan bank yang mengambil bahagian manakala Fasa 2 untuk ahli KWSP di bawah umur 40 tahun akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Di bawah kemudahan ini, semua ahli KWSP warga Malaysia di bawah umur 55 tahun, boleh membuat notis awal untuk Pengeluaran Umur 50 Tahun atau 55 Tahun, dengan syarat mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP mereka.

“Jumlah pembiayaan maksimum telah ditetapkan pada RM50,000, tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP, dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan FSA2, ahli KWSP boleh merujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000.

Sumber

Baca : Ramai pesakit lari hospital dan klinik swasta kerana lebih 12,000 doktor Malaysia mogok

Leave a Comment