
”Ni naik haji balik hari” – Lelaki bengang beli popia inti dalam macam ada tak ada
Kebiasaannya kuih popia goreng akan diisi dengan aneka sayur, telur, ayam atau daging yang dicincang untuk dijadikan inti.
Teksturnya yang rangup selepas digoreng dan dicecah pula dengan sos menjadikan makanan ini laris jualannya terutama waktu petang.
Namun, seorang pelanggan meluahkan rasa hampa apabila dia membeli popia goreng berintikan angin (kosong) sebelum memuat naik video di TikTok.
Video tersebut yang dikongsi oleh @sanusi_rashid menunjukkan bungkusan kulit popia dibuka perlahan-lahan dan cukup mengejutkan apabila di bahagian dalamnya boleh dikatakan hampir tiada inti.
“Orang jual (penjual) nak pergi Makkah balik hari. Popia kerepek sahaja. Zalim orang jual sekarang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menerusi video itu, jelas kelihatan makanan itu nampak bersaiz besar kerana dibalut dengan kulit popia yang tebal.
Melihat kepada popia yang dijual, peniaganya seolah-olah hendak mengaut untung lebih dengan menjual hidangan yang tidak masuk akal.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menganggap penjual seperti ini tidak ikhlas dalam berniaga.
Ada juga netizen yang berkongsi pernah berdepan pengalaman sama seperti pengguna TikTok berkenaan.
Baca : Polis trafik tidur berdiri semasa bertugas di atas jalan raya buat netizen risau