TerasMalaysia

Betul-betul power, tular video wanita buat transformasi mekap, lain dari muka asal dan nampak macam K-pop

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Betul-betul power, tular video wanita buat transformasi mekap, lain dari muka asal dan nampak macam K-pop

Fitrah wanita suka kepada kecantikan. Di zaman moden serba canggih ni, berhias atau ber-make up sudah menjadi lumrah dunia supaya dapat kesan yang berseri pada wajah kita.

Transformasi wajah seorang wanita ini selepas dia bersolek pula telah mendapat perhatian ramai pengguna media sosial kerana wajahnya selepas make-up tampak berbeza daripada mukanya tanpa solekan.

Wanita itu tular kerana dia berkongsikan video dirinya sedang bersolek sambil berjalan dan menunggu tren di stesen kereta api! Power betul sambil berjalan pun make-up tetap on point!

Dalam video yang berdurasi selama seminit itu, dapat dilihat wanita berkenaan turut memakai kanta lekap dan rambut palsu untuk meningkatkan lagi seri wajahnya.

Transformasi wajahnya itu sangat cantik sehingga ada yang berpendapat wajahnya selepas make-up dikatakan hampir sama seperti artis K-Pop.

Walaupun ada lelaki yang kata pemakaian mekap ini macam menipu, namun pendapat itu dibidas oleh wanita-wanita di luar sana kerana menurut kaum Hawa, buat apa pakai make-up kalau wajah sebelum dan selepas bersolek sama sahaja.

Sumber

Baca : Pengunjung terkejut masa ‘healing’ dekat tepi pantai Port Dickson, terjumpa botol berisi gambar dan ayat mantera

Leave a Comment