TerasMalaysia

Biarkan teman wanita kesakitan lepas dipukul, bekas pemain bola sepak kebangsaan tular pukul kekasih

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Biarkan teman wanita kesakitan lepas dipukul, bekas pemain bola sepak kebangsaan tular pukul kekasih

Tular di media sosial sejak semalam dakwaan membabitkan bekas pemain bola sepak kebangsaan yang didakwa membelasah teman wanita.

Seorang doktor wanita mendedahkan dirinya telah dibelasah oleh kekasih yang juga merupakan pemain bola sepak selepas berlaku pertengkaran.

Menurut sumber, lelaki tersebut merupakan bekas pemain kebangsaan dan kini masih aktif beraksi untuk pasukan sebuah negeri.

Perbuatannya itu bukanlah kali pertama namun menurut pendedahan teman wanitanya itu ia sudah berlaku beberapa kali menyebabkan dia membuat keputusan untuk mendedahkan kepada umum.

Wanita itu juga mendakwa ditinggalkan berseorangan dalam kesakitan di dalam bilik hotel dan kemudian membuat laporan polis.

Sementara itu, menerusi Instagram wanita dikenali sebagai doktor Hana Rose itu kekasih hatinya merupakan pemain bola sepak Sabah, Rizal Ghazali.

Ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan komen netizen terutamanya mereka yang tahu tentang hubungan Hana dan Rizal.

Rata-ratanya tidak percaya bahawa Rizal bertindak kasar dengan kekasihnya dan ada yang bersetuju Hana mendedahkan perangai sebenar pemain bola itu.

Sumber

Baca : Tuan rumah bengang dengan penyewa, tinggal rumah macam sarang tikus, penuh dengan sampah

Leave a Comment