Bomba Perlukan 10 Minit Untuk Keluarkan Cincin Tersangkut Di Kemaluan Warga Emas

Oleh Azwan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bomba Perlukan 10 Minit Untuk Keluarkan Cincin Tersangkut Di Kemaluan Warga Emas

Khidmat bomba terpaksa digunakan bagi menanggalkan sebentuk cincin yang tersangkut pada kemaluan seorang lelaki warga emas di Hospital Kuala Kangsar, di sini, malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, panggilan diterima jam 7.41 malam dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke hospital itu.

Katanya, lelaki berusia 72 tahun berkenaan berkenaan datang sendiri ke hospital.

“Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum cincin berkenaan berjaya ditanggalkan.

“Komander operasi mengarahkan anggota menggunakan pemotong bagi memotong cincin terbabit,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Leave a Comment