Booking guna Traveloka untuk bermalam lelaki terkejut rupanya hotel sudah lama tutup

‘Booking’ guna Traveloka untuk bermalam, lelaki terkejut rupanya hotel sudah lama tutup. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @iraesmee telah berkongsi pengalaman buruknya dengan sebuah hotel dipercayai di Nilai dan dia membuat tempahan hotel OYO itu di aplikasi Traveloka.

Menerusi perkongsiannya, dia terkejut apabila tiba di sana, hotel tersebut tutup dan berkunci seolah-olah sudah lama tidak beroperasi. Dia memilih hotel tersebut kerana mahu berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya.

Susulan itu, dia telah menghubungi pihak perkhidmatan pelanggan dan terpaksa menunggu untuk tindakan lanjut. Kemudian, dia mengambil keputusan untuk mencari hotel lain dan terkilan berdepan situasi seperti itu dan difahamkan dia telah mendapat refund.

Booking guna Traveloka untuk bermalam lelaki terkejut rupanya hotel sudah lama tutup'Booking' guna Traveloka untuk bermalam, lelaki terkejut rupanya hotel sudah lama tutup

Perkongsiannya itu turut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen bersimpati dengan nasibnya yang kena scam dengan pengendali hotel itu. Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan pernah berdepan masalah sama apabila membuat tempahan hotel rangkaian OYO.

Malah, segelintir netizen yang pernah menempah hotel OYO juga mengatakan harga dibayar tidak setimpal dengan servis dan bilik diberi. Ada juga netizen menasihati mereka yang pernah ‘terkena’ dan mengalami perkara sama bolehlah membuat aduan kepada MOTAC.

BACA:

Demi raih peminat di media sosial, wanita maut buat ‘content’ bunuh diri

Lelaki terkejut dengan perangai isteri lepas kahwin, muka cantik, tapi…

Tinggi ilmu pakcik ni, selamba tegur ‘cik pon’ tengah duduk sambil tengok tv di sebuah hospital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *