TerasMalaysia

‘Bridesmaid’ tiada adab, ‘tumpang’ majlis kahwin kawan untuk sambut harijadi orang lain, siap buat kejutan dan tiupan lilin

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

‘Bridesmaid’ tiada adab, ‘tumpang’ majlis kahwin kawan untuk sambut harijadi orang lain, siap buat kejutan dan tiupan lilin.

Waktu majlis bersanding adalah waktu yang khusus untuk pengantin, ia bagi meraikan pasangan mempelai yang sudah sah membuat ikatan sebagai suami isteri.

Jadi seharusnya majlis sanding atau bertandang itu, tumpuan perlu diberikan 100% kepada pengantin kerana persiapan pun disediakan oleh pengantin sendiri, memang malu kalau orang lain tiba-tiba masuk campur macam kes dalam video ini.

Berdasarkan pemerhatian, kejadian dalam video ini berlaku di Indonesia, dalam majlis sanding tersebut seorang wanita yang dikatakan sebagai bridesmaid tiba-tiba pitam kononnya kepenatan, difahamkan pengantin dan tetamu dalam dewan tersebut jadi risau dan tergamam atas apa yang berlaku.

Namun, begitu, ia rupa-rupanya sekadar prank semata-mata kerana ingin membuat kejutan kepada bridesmaid lain dan pengantin wanita juga dilihat meraikannya.

Kelakuan tersebut ternyata mengundang rasa kurang senang netizen apabila melihatnya kerana dianggap tidak menghormati pengantin dan merosakkan majlis orang. Mereka sifatkan tetamu yang hadir pasti akan rasa pelik melihat kelakuan mereka.

'Bridesmaid' tiada adab, 'tumpang' majlis kahwin kawan untuk sambut harijadi orang lain, siap buat kejutan dan tiupan lilin'Bridesmaid' tiada adab, 'tumpang' majlis kahwin kawan untuk sambut harijadi orang lain, siap buat kejutan dan tiupan lilin

Malah, berdasarkan pandangan netizen, pengantin lelaki dilihat seperti tidak selesa sewaktu bergambar dengan bridesmaid itu. Selain itu, mereka pelik kerana ingatkan sambutan hari jadi itu adalah untuk pengantin.

Ada juga yang menyifatkan bahawa mereka ini adalah ciri-ciri kawan yang patut kena red flag!

BACA:
Selain kota Al-Ula, terdapat beberapa lagi tempat yang dilaknat Allah dan tidak boleh kita lawati, ini senarai yang ramai tak tahu
Individu kecewa ‘housemate’ pengotor dan pemalas, selamba pakai baju yang tak basuh dan biarkan bilik bersepah
Gara-gara tak dapat bagi isteri duit belanja sebab masalah kewangan, lelaki nekad buat laporan palsu konon disamun

Leave a Comment