Buang bin dan binti dalam surat beranak jadi trend ibu bapa, ramai risau perkara yang macam ni berlaku

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Buang bin dan binti dalam surat beranak jadi trend ibu bapa, ramai risau perkara yang macam ni berlaku

Seorang anak yang baru lahir adalah rezeki buat ibu bapa mereka dan mengikut undang-undang di Malaysia, bayi tersebut mestilah didaftarkan dengan JPN dalam tempoh 60 hari daripada tempoh kelahiran.

Tular juga sebelum ini nama yang paling panjang telah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara. Bukan sahaja nama anak yang panjang, malah nama bapanya juga panjang untuk ditulis.

Bagaimanapun, nama yang panjang sebegitu sudah tidak lagi menjadi isu. Tetapi netizen mula mempersoalkan tindakan beberapa individu yang tidak meletakkan bin atau binti di dalam sijil kelahiran anak.

Apabila dibuang atau tidak diletakkan bin atau binti, ada yang mendakwa akan berlakunya kekeliruan jantina. Apatah lagi dikatakan zaman sekarang, nama lelaki dan perempuan seakan-akan sama.

Namun begitu, ada dakwaan mengatakan bin dan binti ini tidak ada keperluan. Katanya sistem perkataan binti tidak digunapakai di negara-negara lain dan hanya akan mendatangkan kekeliruan. Dan apabila anak menuntut atau menetap di luar negara, akan digelar ‘Miss Binti’ dan ini merupakan kekhilafan daripada nama sebenar anak tersebut.

“Tiada undang-undang Malaysia yang mewajibkan penggunaan binti di dalam nama berdaftar, oleh yang demikian penggunaannya adalah tidak harus dan tidak boleh dipaksa. Penggunaan bin/binti adalah hak budibicara khusus oleh ibu bapa anak tersebut.

“Tiada kekeliruan perihal agama anak tersebut kerana jelas tertera bahawa kedua ibu bapa anak adalah beragama Islam, oleh yang demikian anak tersebut juga didaftarkan sebagai Islam,” tulisnya.

Ada juga mengatakan apabila meletakkan perkataan bin/binti terutamanya jika bekerja di luar negara, urusan akan bertambah rumit.

“Saya bekerja di luar negara, bin/binti tu agak merumitkan even Arab pun dah tak pakai lagi sebab dokumen perlu nama seperti dalam IC dan bin/binti akan jadi masalah bila borang yang ada start, middle and surname,” kata ezal.

“Memudahkan urusan di luar negara, paling simple explain senang nak isi form ticket flight. Bin/binti ni tak wajib, bukan bermakna kita tak ada mak bapak,” tulis faranfhz.

Sumber

Baca : Punca sebenar abang pukul adik isteri, tak sangka sampai 4 orang dia ‘hentam’

Leave a Comment