Buaya Tolong Hantar Jasad Kanak Kanak Yang Hilang Mati Lemas Kepada Keluarga Raih Tumpuan Ramai

Buaya ‘Tolong Hantar’ Jasad Kanak-Kanak Yang Hilang Mati Lemas Kepada Keluarga Raih Tumpuan Ramai

Tular sebuah video memaparkan seekor buaya menghantar mayat seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang lemas ketika bermain di Sungai Mahakam, Kalimantan Timur, kelmarin.

Mayat Muhammad Ziyad Wijaya itu dihantar oleh seekor buaya selepas dua hari dilaporkan hilang.

Ketua Balai Pencarian dan Bantuan Basarnas Kalimantan Timur, Melkianus Kotta berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari pinggir muara.

“Pada pukul 7 pagi ketika pasukan penyelamat sedang melakukan pencarian orang hilang untuk hari kedua, pasukan berkenaan telah menerima maklumat mendakwa ternampak seekor buaya membawa mayat manusia,

“Setelah buaya itu melepaskan mayat, ternyata itu adalah kanak-kanak yang kami cari,” katanya.

Katanya, mayat Ziyad telah dihantar ke hospital dan hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang anggota badan yang hilang dan masih dalam keadaan sempurna.

“Semua anggota badan masih ada. Buaya ini membantu kami dalam pencarian mayat mangsa,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Badan Pemuliharaan Sumber Asli Kalimantan Timur, Matheas Ari Wibawanto berkata, buaya terbabit tidak akan ditangkap dan dipindahkan dari kawasan terbabit.

Sebaik buaya terbabit mula menjauh, keluarga mangsa kemudiannya terus menghampiri jasad Ziyad dengan menaiki sebuah bot.

Hasil siasatan daripada pihak keluarga mendapati, pihaknya percaya bahawa mangsa akan ditemui satu hari nanti namun tidak menyangka dengan cara seperti itu.

Sumber

Baca : Cemas! Pendulum Ride Terhenti, Beberapa Minit Pengunjung Tergantung ‘Kepala Ke Bawah’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *