TerasMalaysia

Budak 12 tahun kecanduan bau petrol, terpaksa berhenti sekolah dan tantrum bila tak dapat hidu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Budak 12 tahun kecanduan bau petrol, terpaksa berhenti sekolah dan tantrum bila tak dapat hidu. Pelik tapi benar, tapi hakikatnya memang ada orang yang suka menghidu aroma seperti jalan tar, minyak petrol serta bau hujan. Namun sekiranya sudah keterlaluan, mungkin lebih baik dapatkan pemeriksaan daripada doktor sebelum ia bertukar menjadi satu ketagihan.

Pada tahun 2020, ayah minta tolong belikan minyak petrol

Sukar dipercayai, namun itulah keadaan pelik yang berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ini. Mengimbau pada tahun 2020 yang lalu, si ayah yang bekerja sebagai mekanik bengkel awalnya meminta bantuan si anak untuk membelikan minyak petrol. Saat berjalan pulang, budak tersebut menghidunya dan dari situlah ia menjadi kebiasaan.

Budak 12 tahun kecanduan bau petrol, terpaksa berhenti sekolah dan tantrum bila tak dapat hidu

Anak akan marah jika tidak diberi botol berisi petrol

Sukar untuk dihentikan, budak ini enggan melepaskan botol berisi petrol dari pegangan tangan. Apa sahaja yang dilakukan baik mahu tidur atau sedang makan sekalipun, bekas itu harus ada supanya senang untuknya menghidunya setiap masa. Jelas ibu dan ayahnya, si anak akan mula tantrum jika tabiat itu dihalang.

Anak merasa amat malu dengan tabiat hidu petrol

Sebagai ikhtiar merawat, pihak keluarga ada membawa remaja berusia 12 tahun ini berjumpa dengan banyak pakar termasuklah diberikan preskripsi ubat saraf. Namun masalah kecanduan petrol masih belum berjaya ditangani. Ia turut memberi kesan kepada kehidupannya bila mana si anak merasa malu dengan tabiat itu sehingga terpaksa berhenti sekolah.

Budak 12 tahun kecanduan bau petrol, terpaksa berhenti sekolah dan tantrum bila tak dapat hidu

BACA:
Sepasang pelajar membatu lepas disergah dengan sekuriti, kantoi berduaan dalam tandas mall
Penyanyi bertudung muka manis kantoi amal sihir dan benda khurafat, siap ada bilik khas dalam rumah
Sekumpulan peneroka gua alami detik cemas, muncul entiti hitam depan mata masa kawan kena rasuk

Leave a Comment