TerasMalaysia

Budak 4 tahun meronta-ronta sebelum lemas, abang tiri siap tengok sambil teguk air depan-depan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Budak 4 tahun meronta-ronta sebelum lemas, abang tiri siap tengok sambil teguk air depan-depan.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun maut selepas lemas di kolam renang sebuah apartmen di Bangi.

Menurut laporan Sinar Harian, abang tiri kepada mangsa yang berusia 26 diberkas pihak polis kerana dipercayai sedang leka dan tidak menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek diberkas pada Ahad setelah penelitian dijalankan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang baru dapat diakses.

“Penelitian yang dijalankan berdasarkan CCTV tersebut mendapati ketika kejadian suspek yang merupakan abang tiri mangsa turut berada di lokasi kejadian.

Suspek dilihat sedang leka melakukan sesuatu sambil melihat sahaja mangsa yang sedang lemas tanpa bertindak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan mangsa,” katanya.

Budak 4 tahun meronta-ronta sebelum lemas, abang tiri siap tengok sambil teguk air depan-depan

Difahamkan, pihak polis menerima laporan berkenaan daripada pegawai perubatan Hospital Serdang selepas menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang, 14 September selepas mendapatkan rawatan dan kes awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut(SDR),” katanya lagi.

Tambahnya lagi, suspek yang berumur 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi siasatan lanjut berkaitan kejadian.

BACA:
Kembang tekak tengok! Wanita pasrah lepas suap nasi yang dimakan, terkejut nampak lipas penuh dalam botol kicap
Ibu dipenjara gara-gara hantar beratus mesej dan ceroboh rumah anak perempuannya sendiri
“Niat nak jaga ibu untuk jangka masa lama tak kesampaian, merasa duduk rumah baru kami untuk 10 hari sahaja”

Leave a Comment