Budak 5 tahun maut didera, pasangan sanggup tipu kata dilanggar lori bagi elak dikesan pihak berkuasa

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Budak 5 tahun maut didera, pasangan sanggup tipu kata dilanggar lori bagi elak dikesan pihak berkuasa. Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut didera ibu dan teman lelaki wanita itu di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan, di sini, Selasa lalu.

Mangsa tiba di Jabatan Kecemasan, Hospital Serdang dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 12.50 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A Anbalagan berkata, berdasarkan maklumat awal yang diterima pegawai perubatan, kanak-kanak tersebut dikatakan dilanggar kenderaan.

Pemeriksaan lanjut bagaimanapun mendapati ada kesan lebam dan luka lama pada tubuh dipercayai akibat didera.

“Hasil soal siasat, teman lelaki ibu mangsa yang berusia 29 tahun membuat laporan palsu mendakwa kanak-kanak tersebut dilanggar lori.

Budak 5 tahun maut didera, pasangan sanggup tipu kata dilanggar lori bagi elak dikesan pihak berkuasa

“Seterusnya siasatan mendapati tiada perkara sedemikian berlaku, malah lori tersebut merupakan kenderaan curi di Kajang.

“Pasangan kekasih itu mengaku mendera mangsa sehingga menyebabkan kematian. Siasatan mendapati ia berpunca daripada tabiat suka mendera anak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, wanita berusia 44 tahun yang tidak bekerja dan teman lelakinya bekerja sebagai pemandu lori diberkas pada hari sama.

Ujian air kencing mendapati mereka positif methamphetamine dan amphetamine.

“Pasangan kekasih itu bersama sejak suami wanita itu meninggal dunia pada September 2022. Permohonan reman dibenarkan selama tujuh hari sehingga Selasa depan bagi siasatan lanjut,” ujarnya.

BACA:
Habis satu rumah berbau, anak main najis masa mak sibuk buat ‘content’ tiktok
Kalau manusia pegang pasti berlaku litar pintas dan kekejangan, kenapa tidak kepada burung?ini penjelasannya
“Sebelum kau masuk aku dah lama letak kereta” – Gara-gara bengang ditegur, wanita ini jadi mangsa sihir jiran

Leave a Comment