TerasMalaysia

Budak 6 tahun nekad lari rumah, dipukul, disepak bapa kandung dan ibu tiri sejak 6 bulan lalu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Budak 6 tahun nekad lari rumah, dipukul, disepak bapa kandung dan ibu tiri sejak 6 bulan lalu.

POLIS menahan sepasang suami isteri kerana didakwa mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Bahau di daerah Jempol, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hoo Chang Hook berkata suspek yang merupakan bapa dan ibu tiri mangsa ditahan pada Selasa dan direman tujuh hari.

“Kami menerima maklumat daripada orang ramai bahawa seorang budak lelaki telah melarikan diri dari rumah dan mengambil keputusan untuk membuat siasatan.

“Polis kemudian menemui budak lelaki itu yang mengalami kecederaan di seluruh badan dan membawanya ke Hospital Jempol untuk rawatan,” katanya.

Hoo berkata pemeriksaan perubatan ke atas budak lelaki itu menunjukkan terdapat kesan parut dan kecederaan lama.

Budak 6 tahun nekad lari rumah, dipukul, disepak bapa kandung dan ibu tiri sejak 6 bulan lalu

Katanya lagi, siasatan awal mendapati mangsa didera sejak Mac lalu.

“Mangsa dipercayai dipukul ibu tiri dan bapa kandung dengan menggunakan tangan, ditendang serta dirotan menggunakan senduk kayu.

“Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata bapa kanak-kanak berusia 27 tahun itu bekerja di kilang papan manakala ibu tirinya yang berusia 31 tahun merupakan seorang suri rumah.

Kanak-kanak itu merupakan anak sulung daripada empat beradik dan dipercayai hanya dia seorang diperlakukan begitu.

Hoo berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

@media_hitam

gamak betol mak bapak dia dera ni sampai mcm tu sekali….bru 6tahun kot….Min tk Boleh tgk Kanak² kalau kena macam ni🥲 #fpyvedio #fypシ゚viral #fyp #budak

♬ bunyi asal – Media Hitam – Media Hitam
BACA:
Pasangan warga asing kantoi minta sedekah dekat orang lain, mengamuk sampai tunjuk isyarat jari tengah
Marissa Dania bersuara pertahan diri, dakwa tidak punya kaitan dengan pihak yang menularkan kisahnya
Gadis kongsi pengalaman seram, jaga jenazah yang amal pendamping, banyak kejadian pelik dan tak masuk akal berlaku

Leave a Comment