TerasMalaysia

Budak berusia 6 tahun londeh seluar suruh kawan buat ‘sesuatu’, berlaku sebab ibu bapa dan anak tidur sekali

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Budak berusia 6 tahun londeh seluar suruh kawan buat ‘sesuatu’, berlaku sebab ibu bapa dan anak tidur sekali

Otak kanak-kanak umpama span yang menyerap apa saja yang tersaji di sekeliling mereka sama ada baik atau buruk. Inilah sebabnya pakar perubatan, pendidikan dan ilmuwan menyarankan ibu bapa supaya memberi perhatian khusus terutama dalam mendidik anak kerana pada usia begini, anak masih belum dapat membezakan antara yang baik dengan buruk.

Pun begitu, para penjaga mungkin terlepas pandang satu isu penting iaitu tentang keburukan tidak mengasingkan tempat tidur anak seawal usia lagi.

Daripada sebuah kisah yang tular di TikTok, Puan Puteri Kasim berkongsikan satu kejadian yang dialami oleh kenalannya. Kawannya itu mempunyai 2 anak lelaki yang masing-masing berusia 3 serta 6 tahun. Satu hari, guru memintanya ke sekolah kerana si anak didapati melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya kanak-kanak bawah umur buat.

Daripada apa yang diceritakan, si anak telah membuka seluar dan bertindak mengeluarkan anggota bawahnya. Lalu dia menyuruh kawan lain ‘buat’ sesuatu kepada anggota berkenaan. Tatkala ditanyakan mengapa terfikir untuk buat begitu, kanak-kanak naif itu berkata dia selalu menyaksikan ibu ayahnya lakukan aksi sedemikian di rumah.

Daripada kisah ini, jelaslah betapa pentingnya untuk menyediakan tempat tidur berasingan buat anak-anak seawal usia 3 tahun agar mereka tidak terikut-ikut dengan apa yang dibuat oleh ibu ayah mereka di malam hari. Mata mereka mungkin terpejam rapat, namun kemungkinan besar telinga dan otak anak-anak sebenarnya belum tidur lagi.

@puterikasim

Replying to @Fatin Pauzi share kisah ni, supaya mak bapak ada awareness kenapa kena asing tempat tidur. #pendidikanwanitacantiksihat

♬ original sound – Mommy PK | Tips wanita cantik – Mommy PK | Tips wanita cantik

Sumber

Baca : Kecoh satu rumah, mayat yang sudah meninggal tiba-tiba bunyi dengkur, rupanya adik sendiri sihir demi tanah pusaka

Leave a Comment