Budak berusia dua tahun telan lapan jarum suntik lembu, tiga batang cederakan organ dalaman.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun berjaya diselamatkan oleh doktor selepas dia menelan lapan batang jarum di sebuah ladang, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
Kanak-kanak yang tidak didedahkan identitinya itu sedang bermain di ladang tempat ibunya bekerja dekat Tarapoto, Peru, ketika dia menelan jarum yang digunakan untuk menyuntik lembu.
Imej X-ray mendedahkan kesemua lapan jarum berada di dalam sistem penghadaman pesakit dengan dua sangat dekat dengan rektum dan pundi kencing, manakala sekurang-kurangnya sebatang jarum mencederakan usus kecilnya.
Mangsa dibawa ke hospital II-2 pada 9 September lalu untuk mendapatkan rawatan.

Lapan jarum itu berjaya dikeluarkan dalam pembedahan hampir dua jam oleh pakar bedah, Efraín Salazar Tito.
Kanak-kanak tersebut diletakkan pada diet cecair selama beberapa hari untuk memberi masa supaya usus kecilnya sembuh. Dia dibenarkan pulang beberapa hari kemudian.