TerasMalaysia

“Bukan menang…” Zahid Hamidi menyifatkan status TPM sebagai amanah untuk menyahut pelbagai cabaran

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Ini Bukan Kemenangan…,” Zahid Hamidi Sifatkan Jawatan TPM Adalah Amanah Untuk Galas Pelbagai Cabaran

Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyifatkan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan merupakan sebuah cabaran bukannya kemenangan, lapor Sinar Harian.

Beliau juga menegaskan bahawa ianya merupakan permulaan pelbagai cabaran sebaik sahaja pelantikan itu diamanahkan kepadanya menerusi jawatan tersebut.

“Tiada kata selain ucapan penuh syukur ke hadrat ALLAH Maha Esa atas takdir ini.

“Ia bukan kemenangan sebuah perjuangan namun adalah satu permulaan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang akan tiba sebaik sahaja diberi amanah memegang jawatan ini,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya pada hari ini.

Selain itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga menzahirkan ucapan terima kasih dan doa serta sokongan ikhlas yang diberikan semua pihak kepadanya.

Terdahulu, pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat. Pengumuman itu telah menyenaraikan seramai 28 orang jemaah menteri kabinet baharu yang bakal menerajui Kerajaan Perpaduan.

Pengumuman itu turut menjadi sejarah terbaru Malaysia selepas jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada dua orang iaitu Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili GPS.

Selain dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid juga turut diberikan tanggungjawab sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Leave a Comment