Bulan puasa pun buat hal, ‘pocong’ lunyai kena hempuk dengan orang kampung

Bulan puasa pun buat hal, ‘pocong’ lunyai kena hempuk dengan orang kampung

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario beberapa penduduk kampung menendang ‘hantu pocong’ yang berdiri di tepi jalan di Demak, Jawa Tengah.

Menerusi video yang dimuat naik itu, seorang remaja kelihatan berpura-pura menjadi hantu pocong dengan berdiri di tepi jalan untuk menakutkan orang ramai.

Beberapa lelaki kemudian menghampiri remaja itu dan memukulnya sehingga terjatuh. Dia kemudian diangkut ke trak pikap untuk dibawa ke balai polis.

Ketua Polis Demak, Budi Adhy Buwono mengesahkan penangkapan dua remaja lelaki yang berpura-pura menjadi pocong di kawasannya.

Menurut Budi, motif dua remaja itu berpura-pura menjadi hantu pocong adalah hanya ingin bergurau.

Polis merampas sehelai kostum hantu pocong dan kedua-dua mereka dihantar kepada keluarga masing-masing.

Sebagai jaminan, mereka diminta membuat kenyataan supaya tidak menimbulkan keresahan kepada penduduk pada masa akan datang.

Sumber

Baca : Cara tukar duit kertas dengan mudah dan tak payah beratur dekat bank, paling senang

Leave a Comment